• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MTUC Mahu Gaji Minimum Naik Kepada RM1,200

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM900 dan RM800 kepada RM1,200.

Setiausaha Agungnya, N.Gopal Kishnam berkata, kenaikan gaji minimum itu perlu diambil kira berkuat kuasa dari 1 Januari lalu tanpa mengira pekerja tempatan atau asing.

“Majikan juga perlu mengambil kira pembayaran gaji minimum RM1,200 itu daripada awal tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Gopal Kishnam berkata, MTUC membuat permintaan itu memandangkan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara menetapkan perintah gaji minimum perlu dikaji dua tahun sekali.

Katanya, akta itu turut menjelaskan kadar gaji minimum boleh juga dikaji semula dengan lebih cepat berdasarkan realiti sosio ekonomi semasa.

“Kadar gaji minimum bagaimanapun belum dinaikkan walau kos sara hidup meningkat berikutan pemansuhan subsidi dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST),” dakwanya. – Mynewshub.cc

Tags: MTUC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja...

Pekerja Swasta Pun Nak Pelepasan Cukai Bantuan Khas – MTUC

Pekerja Swasta Pun Nak Pelepasan Cukai Bantuan Khas – MTUC

21/01/2023
0

PUTRAJAYA : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyarankan kerajaan mempertimbangkan supaya pelepasan cukai untuk bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd