• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Komited Pelihara, Perkasa Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia komited memelihara dan memperkasa aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana ia membawa kestabilan antara umat Islam dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri akan terus memberi penjelasan berhubung pengamalan dan kriteria sebenar manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah itu.

“Malaysia sewajarnya amat bersyukur kerana manhaj ini telah berjaya mengekalkan masyarakat negara ini hidup dengan aman dan harmoni, malah pendekatan Wasatiyyah yang diamalkan juga mengikut apa yang digaris dalam ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Kita juga bersyukur kerana barisan kepimpinan negara sentiasa komited, peka dan berusaha dalam memelihara manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015 di sini, hari ini.

Bertemakan “Mengenal Hakikat Ahli Sunnah Wal Jamaah”, muktamar tiga hari itu anjuran Yayasan Perdana Ummah disertai 25 ulama dari 15 negara.

Mereka akan membincangkan 10 kertas kerja khususnya bagi memperkemas pegangan aliran itu dalam kalangan umat Islam.

Jamil Khir turut menarik perhatian bahawa modenisasi dan globalisasi telah membuka ruang ancaman terhadap akidah umat Islam dan Malaysia tidak terlepas daripada serangan itu.

Beliau berkata isu penggunaan kalimah Allah, murtad, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta antihadis merupakan bukti jelas berlakunya ancaman terhadap akidah umat Islam berikutan salah tafsiran terhadap agama.

Sehubungan itu, katanya, muktamar julung kali itu perlu menjadi satu platform dalam membahaskan masalah akidah umat Islam sekaligus merungkai salah tanggapan dan salah tafsiran masyarakat Islam terhadap pendekatan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Jika tidak diperjelaskan secara berterusan, kita bimbang masyarakat akan terkeluar daripada garis panduan yang ditetapkan Islam sepertimana pengamalan sebenar yang diajar dalam manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd