Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

FAP Tolak Peletakan Jawatan...

GEORGE TOWN - Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) malam ini...

MCA Guna Logo Sendiri...

KUALA LUMPUR — Penggunaan logo sendiri oleh MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Penyakit Misteri Hidung Berdarah...

DODOMA, TANZANIA – Sejenis penyakit misteri yang menyebabkan simptom seperti demam, sakit kepala,...

‘Drive Thru’ Ponteng Puasa...

IPOH - Kehadiran beberapa kereta yang menunggu ‘drive thru’ pada waktu tengah hari...

Minta Para Pesara K’jaan Terus Beri Sumbangan Memajukan Perlis

ARAU – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man meminta para pesara kerajaan di negeri ini terus memainkan peranan memberi sumbangan ke arah memajukan negeri Perlis.

Beliau berkata sumbangan itu boleh disalur dalam bentuk pandangan dan cadangan menggunakan pengalaman mereka semasa bertugas sebelum bersara.

“Kerajaan negeri yakin ada para pesara tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan, justeru ia perlu terus digunakan walaupun sudah bersara,” katanya.

Azlan menyatakan demikian dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan kali ke-16 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Perlis dan mesyuarat agung Koperasi Pesara Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini Sabtu.

Teks ucapannya dibaca Setiausaha Kerajaan Negeri Romli Dai.

Azlan berkata peranan berterusan para pesara dalam membantu kerajaan negeri menggerakkan pembangunan adalah melalui penglibatan mereka, misalnya dalam persatuan dan badan bukan kerajaan.

Beliau memberi jaminan kerajaan negeri juga akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Perlis dan Koperasi Pesara Kerajaan Negeri Perlis untuk kepentingan keseluruhan anggota.


Sebelum itu Presiden Persatuan Pesara Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawanteh berharap agar lebih banyak pesara kerajaan di negara ini menjadi anggota persatuan tersebut untuk mendapat faedah melalui pelbagai aktiviti.

Menurut beliau setakat ini terdapat kira-kira 45,000 pesara menjadi anggota persatuan berkenaan daripada keseluruhan lebih 600,000 pesara di seluruh negara sekarang.

Yang Dipertua Persatuan Pesara Malaysia Negeri Perlis Datuk Abu Bakar Ahmad memberi jaminan pihak persatuan akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan negeri dalam apa sahaja programnya yang boleh memberi kebaikan bersama.

Abu Bakar yang juga Pengerusi Koperasi Pesara Kerajaan Negeri Perlis berkata setakat ini koperasi terbabit mempunyai aset bernilai RM1.5 juta melalui pembelian bangunan di Kangar, Pauh dan Titi Tinggi. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori