• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memandu Sambil Main HP Jenis Pemandu Paling Dibenci

oleh AK-47
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADAKAH anda merupakan salah seorang di kalangan pemandu yang gemar melihat telefon bimbit ketika tangan sedang ralit memegang stereng kenderaan?

Ketahuilah perbuatan anda itu adalah salah malah boleh disaman oleh pihak berkuasa sekiranya tertangkap bermain handphone ketika sedang memandu.

Jenis pemandu sebegini juga merajai carta jenis-jenis pemandu yang paling dibenci di Amerika Syarikat menerusi hasil survey Expedia’s 2015 Road Rage Report yang dilakukan baru-baru ini.

Daripada 1,000 respondens, 26 peratus bersetuju pemandu yang sering menggunakan telefon ketika sedang memandu merupakan jenis pemandu yang paling annoying dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Sementara, sikap sesetengah pemandu yang kurang bersabar dan suka memotong barisan menduduki tempat kedua pemandu yang tidak disukai oleh pemandu-pemandu lain.

Sementara itu hasil daripada survey tersebut juga mendapati 42 peratus daripada respondens bersetuju pemandu di kota New York disifatkan pemandu yang paling ‘kurang ajar’ di kalangan pemandu di Amerika diikuti dengan pemandu di Los Angeles dengan 32 peratus dan Chicago (18 peratus).

Di bawah merupakan senarai top 12 pemandu-pemandu yang paling annoying di Amerika Syarikat menurut hasil kajian ini :-

1. Memandu sambil bermain/melihat telefon bimbit (26%)

2. Pemandu yang suka memotong barisan (13%)

3. Pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan (12%)

4. Pemandu yang memandu terlalu perlahan (10%)

5. Pemandu yang gemar membuat kerja lain ketika memandu contohnya, makan, minum, mencari cd dan sebagainya (10%)

6. Pemandu yang memandu terlalu laju persis pelumba litar F1 (7%)

7. Pemandu yang tidak bertimbang rasa, contohnya tidak memberikan laluan walaupun sudah memberikan signal (6%)

8. Pemandu yang mengubah laluan secara tiba-tiba (5%)

9. Pemandu yang gemar mencucuk pemandu lain (4%)

10. Pemandu yang tidak menunjukkan tanda penghargaan sekiranya orang sudah memberi jalan (3%)

11. Pemandu yang sering bermain hon (2%)

12. Pemandu yang memotong lampu merah (1%) – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR


Video berkaitan wanita cedera kemalangan akibat berbalas mesej ketika sedang memandu.

Tags: Amerika Syarikatpemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd