• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBFP Anjur Eksplorasi Berakit Sungai Pahang 29 Mei Ini

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Program Eksplorasi Berakit Sungai Pahang anjuran Majlis Belia Felda Negeri Pahang (MBFP) pada 29 Mei ini bakal menyajikan pelbagai cabaran kepada 450 pesertanya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri Pahang Datuk Abu Bakar Harun berkata, program tiga hari yang disertai majoritinya generasi kedua Felda itu bertujuan memperkasakan peserta selain menghidupkan kembali aktiviti berakit Sungai Pahang.

“Para peserta akan berakit bermula dari Kampung Salong, Chini sehingga ke Kampung Kiambang, Ganchong sebelum terus menyusuri sehingga ke Dataran Waterfront Bandar Pekan.

“Difahamkan, kedalaman sungai yang akan dilalui peserta agak cetek dan ini akan menguji kesabaran, kekuatan mental dan kemahiran peserta dalam mengendalikan rakit mereka untuk sampai ke destinasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, eksplorasi itu pastinya akan memberi pengalaman berharga kepada generasi kedua Felda terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan aktiviti berkenaan.

Abu Bakar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini berkata program pertama kali yang diadakan MBFP ini mungkin akan dijadikan acara tahunan sekiranya menerima sambutan hangat daripada semua pihak.

“Program eksplorasi ini tidak hanya tertumpu kepada berakit tetapi turut mempunyai pengisian bermanfaat kepada masyarakat setempat seperti program ziarah kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Bebar dan Pulau Manis.

Justeru, ia mampu mengeratkan hubungan MBFP dengan masyarakat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan sekali gus membina imej belia Felda dalam komuniti lain,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=C4pzw9IkvRU

Tags: MBFPPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd