MANTAN Menteri Besar Selangor dari Barisan Nasional, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib meluahkan kekecewaannya dengan situasi terkini dalam parti PAS.
Lantas, beliau tidak menafikan kemungkinan bakal keluar dari parti Islam tersebut, namun akan memutuskan keputusan tersebut selepas selesai Muktamar PAS pada Jun depan.
Luahan tersebut dizahirkan beliau yang melihat PAS kini tidak lagi mempedulikan sokongan dari masyarakat bukan Islam.
BACA: Kalau Hadi Nak Sangat Gabung Dengan BN, UMNO..Pergilah!
Ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib, senario tersebut berlainan dengan pendekatan yang dilakukan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini.
Memetik kenyataan beliau dalam laporan Sinar Harian, “Allahyarham Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.
“Kita mahukan seorang tokoh alim seperti Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ini lain, Kini kita nampak tak lagi macam itu.”
Beliau turut berkata, satu ketika dahulu, beliau sangat berminat dengan PAS kerana cara yang dianjurkan Nik Aziz.
“Sekarang dah tak minat sangat dah,” ujarnya lanjut.
Beliau turut membandingkan tindakan Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang telah angkat kaki dari PAS sebelum ini.
“Sahabat saya Tamrin dah cabut lari awal-awal. Dia kata PAS sekarang mengarut. Tapi saya bertahan lagi.
“Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana.”
Sementara itu, seorang lagi mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menasihatkan Mat Taib agar berfikir dahulu sebelum melompat parti.
Dalam laporan Astro Awani, beliau berkata, “Sekarang Mat Taib kecewa lagi, lain kali dia awal-awal lagi kena fikir dahulu sebelum buat keputusan untuk masuk PAS.
“Dia sudah pilih jalan itu, jadi dia kenalah fikir. Dia masuk PAS dahulu sebab kecewa dan tidak fikir semasak-masaknya tindakan itu.
“Sekarang dia kecewa lagi.”
Umum tahu, pada April 2013, Mat Taib yang juga bekas MB Selangor yang ke-11, mengumumkan dirinya menyertai PAS dalam satu sidang media bersama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
PAS Sokong Kepimpinan PM



