Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Mini Karnival Ibu Tunggal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal menganjurkan Mini Karnival Ibu Tunggal...

Bonda Sultan Johor Mangkat

KUALA LUMPUR - Bonda Sultan Johor, Tuanku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat. Perkara itu...

Spesifikasi Peralatan Program 1AZAM...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati spesifikasi peralatan yang dibekalkan...

7 Kaki Judi Termasuk...

BUKIT MERTAJAM - Seramai tujuh individu termasuk dua wanita yang sedang leka bermain...

MAS Bantu Raef Uqael Jalani ‘Transplant’ Di Shanghai

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) menerbangkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Kajang, Selangor ke China untuk mendapatkan rawatan segera di negara berkenaan baru-baru ini.

MAS dalam satu kenyataan media memberitahu, kanak-kanak itu, Raef Uqael menghidap penyakit hati dan perlu menjalani `transplant’ di sebuah hospital di Shanghai dengan bapanya sebagai penderma organ.

“Raef berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Mei lalu pada pukul 1.40 pagi dan tiba di Shanghai pada pukul 7 pagi pada hari sama.

“Dia dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada bulan Ogos dengan pesawat MH389,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, MAS mengetahui tentang nasib kanak-kanak itu apabila dihubungi oleh salah seorang anggota keluarga yang mahu mengatur penerbangan Raef ke Shanghai.


Kata kenyataan itu, pengurusan MAS yang menyedari kesulitan dihadapi kanak-kanak tersebut membuat keputusan untuk menaja tiket penerbangan Raef dan kedua-dua ibu bapanya.

“Apabila tiba di Shanghai, Raef dan keluarga disambut kakitangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong dan memberi bantuan yang sewajarnya,” kata kenyataan itu.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori