• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Akan Beri Tumpuan Kepada Penerbangan Jarak Sederhana

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Malaysia Airlines (MAS) baharu dijangka menjadi hab penerbangan transit serantau paling utama, dengan menghentikan penerbangan jarak jauh ke barat dan memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana serantau.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MAS memiliki kelebihan yang sangat besar kerana para penumpang yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur boleh menggunakannya sebagai transit untuk penerbangan ke Australia, China, India dan negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand.

“MAS boleh menjadi sangkutan untuk penumpang transit, menerbangkan mereka ke pasaran serantau, terutamanya untuk perkhidmatan penuh,” katanya selepas pertemuan dengan Menteri Tanah, Infrastuktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun Akihiro Ohta di sini hari ini.

Liow berkata di bawah pelan penstrukturan semula MAS, tumpuan lebih diberikan kepada laluan jarak sederhana dan menambah, syarikat penerbangan itu boleh menggunakan keahliannya dalam One World Alliance untuk mengadakan lebih banyak transit dan perkongsian kod penerbangan.

“Jika MAS memutuskan untuk menamatkan laluan ke Eropah, kita akan menawarkan laluan itu kepada AirAsia X atau Malindo. Bagaimanapun, pengurusan baharu MAS mempunyai kata pemutus mengenai laluan yang akan ditamatkan atau ditambah,” katanya.

Beliau berkata ia juga satu daripada alasan Malaysia memohon hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda untuk MAS yang kini terbang 10 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sini, tiga kali dari Kota Kinabalu dan satu penerbangan ke Lapangan Terbang Kanzai di Osaka.

Menurut beliau, AirAsia X terbang tujuh kali seminggu ke Haneda sementara MAS sudah meminta kementerian berunding mengenai hak pendaratan sejak dua tahun lepas tetapi Jepun tidak dapat memenuhi permintaan berikutan slot penerbangan yang terlalu padat.

“Saya bangkitkan perkara ini semasa pertemuan dengan rakan sejawat saya hari ini. MAS mahu terbang ke Haneda berikutan jumlah penumpang yang tinggi kerana kedudukannya yang hampir dengan ibu negara,” katanya.

Liow turut mengesahkan bahawa All Nippon Airway akan memulakan tujuh penerbangan seminggu ke Kuala Lumpur pada September sementara Japan Airlines pada masa sekarang turut mempunyai jumlah penerbangan yang sama.

Mengenai laporan lebih 8,000 kakitangan semasa MAS akan diberhentikan apabila MAS Bhd mengambil alih selepas penstrukturan semula, Liow berkata beliau dimaklumkan hanya 6,000 orang sahaja yang akan ditamatkan perkhidmatan.

“Tidak banyak saya boleh cakap, banyak perincian akan diputuskan pada peringkat lembaga Khazanah. Mereka melihat kepada kepentingan komersial dan saya fikir mereka melakukannya bersama kesatuan-kesatuan sekerja MAS,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Liow Tiong LaiMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Notis Pelantikan Berkaitan Penyelesaian MAS – MAB

23/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Notis pelantikan dan alamat penyelesai interim yang berlegar di media sosial adalah berkaitan Malaysian Airline System Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd