• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto PRK Permatang Pauh BN Bukan ‘Kitar Semula’

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bukan kitar semula seperti yang didakwa pembangkang, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata manifesto yang merangkumi enam bidang utama itu adalah aku janji parti untuk kepentingan rakyat.

“Pelik kalau mereka kata ia manifesto (kitar semula) kerana tender untuk projek pembesaran Hospital Seberang Jaya dengan kos RM400 juta itu baru nak dibuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata cadangan untuk Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang digariskan dalam manifesto itu adalah rancangan baharu kerana sebelum ini tiada perkhidmatan itu.

Beliau turut menyuarakan kekesalan dan kekecewaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang gagal mengutarakan rancangan pembangunan dan pemberian bantuan untuk penduduk Permatang Pauh.

“Pengundi tidak diberi peluang untuk melihat rancangan, perkhidmatan dan bantuan yang akan dibawa PKR kerana mereka tidak melancarkan manifesto. PKR seperti tiada apa-apa perancangan hanya sekadar nak meraih simpati,” katanya.

Zainal Abidin sekali lagi berharap pengundi membuat pilihan tepat pada pilihan raya kecil 7 Mei ini dengan memilih calon BN Suhaimi Sabudin yang komited sepenuh masa untuk penduduk Permatang Pauh. – BERNAMA

https://youtu.be/yhzeTpxl8bI

Tags: manifestoPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Kelab Myvi Pertahan Rakan, Nafi Mereka Berlumba

Next Post

Ucapan Anniversary ‘Terlajak Sweet’ AG Buat Isteri

Related Posts

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Ini Kaji Laksana Manifesto

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Ini Kaji Laksana Manifesto

07/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini antaranya membincangkan mengenai pelaksanaan manifesto atau akujanji parti gabungan membentuk...

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

K’jaan Tubuh Jawatankuasa Tapis, Gabung Manifesto Parti Kerajaan

20/12/2022
0

Apabila sebuah kerajaan dibentuk selepas pilihan raya, rakyat mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat pihak yang terbabit memenuhi manifesto pilihan...

Next Post

Ucapan Anniversary 'Terlajak Sweet' AG Buat Isteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd