• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Rentung Berkelakuan Aneh Sebelum Kemalangan

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Terengganu, Umar Rayyan Suhaimi, 6, berkelakuan manja dengan emak saudaranya sebelum kejadian itu semalam.

Asiah Che Haat, 56, berkata tiga hari sebelum kejadian ngeri itu, Umar Rayyan datang ke rumahnya sambil berkelakuan manja dengan memeluk dan duduk di ribanya.

“Umar Rayyan amat rapat dengan saya sejak dia kecil namun kelakuannya agak aneh dua tiga hari lepas iaitu dengan dia berkata Umar rindu mek, nak peluk mek dan nak minum air yang mek buat,” kata Asiah ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Tempoyak di sini hari ini.

Asiah yang mempunyai 13 orang anak menganggap Umar Rayyan seperti anaknya sendiri dan amat sedih dengan kejadian berkenaan.

“Saya terbayang-bayang Umar bermain basikal di halaman rumah,” katanya.

Rumahnya terletak berhampiran dengan rumah Umar Rayyan.

Kemalangan itu turut mengorbankan Ahmad Razi Harun, 53; Dayang Suhana, 23; dan Nur Damia Irdiha Rosailan, 1. Semua mangsa berada dalam kereta berkenaan.

Dua lagi mangsa iaitu Hafshah Wangai, 56, cedera parah, dan Sharifah Wangai, 49, cedera ringan.

Mereka berada di luar kereta ketika kejadian.

Kereta itu berhenti di lorong kecemasan kerana rosak sebelum dirempuh lori dan kedua-dua kenderaan itu terus terbakar.

Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kota Baharu untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang.

Kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah lori kargo 16 tan tanpa muatan yang dipandu Fazly Othman, 35, dari Kuala Terengganu menuju ke Johor Baharu terbabas sebelum merempuh kereta jenis Kia Spectra yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

Mayat Ahmad Razi, dikebumikan di Kampung Tegayong, Dayang Suhana dan Nur Damia Irdiha di Kampung Talam, dan Umar Rayyan di Lubuk Bunut di sini, selepas solat Asar hari ini. – BERNAMA

 

Tags: kemalangan mautLPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd