• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Komited Kewartawanan Model Baharu

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk mengembangkan kewartawanan model baharu yang mampu memperkasakan masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan politik.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata masyarakat Malaysia mempunyai spektrum pandangan yang luas daripada tradisional, liberal hingga radikal.

“Pandangan mereka dilontar secara jujur dan tidak boleh dipandang rendah, tetapi mereka perlu dilibatkan.

“Ia adalah baik bagi akhbar Malaysia untuk keluar dari zon selesa masing-masing dan melibatkan diri dengan yang lain sebagai langkah permulaan ke arah mencipta negara yang mereka ingin lihat,” katanya dalam ucaptama pada forum ‘Kewartawanan Sekarang’ sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesederhanaan Pergerakan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.

Jailani berkata dalam zaman sosial media ini, akhbar berisiko diatasi seperti Facebook dan Google.

“Ia menjadikan urusan mentadbir negara yang pelbagai kebudayaan dan agama seperti Malaysia sangat mencabar kerana maklumat yang mahu disampai tidak lagi hanya menerusi akhbar.

“Mesej disalur melalui pelbagai saluran sebelum muncul semula dalam bentuk yang tidak lagi dikenali yang menyenangkan kepada sesetengah dan mudarat kepada yang lain,” katanya.

Beliau berkata akhbar perlu memperoleh segera kredibiliti sebagai boleh dipercayai dan sumber popular kepada maklumat sahih.- BERNAMA

Tags: wartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd