• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Integriti Diperkenal Sebagai Mata Pelajaran Wajib

oleh Ahmad Albab
11/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia mahu subjek undang-undang dan integriti diperkenalkan sebagai mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar.

Wakil Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Suhail Mohammed Kamaruddin berkata kerajaan perlu memperkasakan mata pelajaran itu bagi melahirkan generasi beretika yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020.

“Subjek yang diajar dalam sistem pendidikan hari ini hanya untuk mengajar pelajar bagaimana untuk berjaya dalam pelajaran tanpa menumpukan dan menerapkan soal integriti seperti tidak ada peniruan dalam kelas.

“Ini yang kita mahu tekankan dari segi penghayatan dan memahami makna integriti dalam kalangan anak muda untuk melahirkan pelapis kepimpinan negara yang boleh diharapkan,” katanya ketika membentangkan usul mewujudkan subjek undang-undang dan integriti di peringkat sekolah rendah dan menengah sebagai mata pelajaran wajib.

Usul itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kali kedua di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Suhail yang juga wakil Kuala Lumpur berkata keberkesanan pelaksanaan subjek undang-undang dan integriti boleh diukur melalui pengurangan masalah disiplin di sekolah.

Sementara itu, wakil Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled dalam sesi perbahasan bersetuju bahawa peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan masa terbaik bagi menerapkan integriti dalam kalangan generasi muda kerana pada tahap itu mereka mudah menyerap apa sahaja didikan yang diberikan.

“Pendedahan terhadap subjek ini akan membuatkan pelajar lebih memahami pengertian undang-undang dan seterusnya membantu pengurusan sekolah mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

“Untuk jangka masa panjang, subjek ini membantu melahirkan pemimpin yang boleh dipercayai, bersih akhlak, masyarakat yang bermoral dan berintegriti,” katanya.

Wakil Perak, Mohd Rizmel Nazrin Datuk Abdul Malik berkata, amalan rasuah seakan menjadi budaya segelintir masyarakat di negara ini berpunca daripada kurangnya integriti dalam diri mereka.

Jelasnya, pemerkasaan pembelajaran sejak di bangku sekolah akan membantu melahirkan masyarakat yang beretika, nilai moral terbaik dan berintegriti tinggi.

“Tiga konsep yang perlu ada dalam subjek itu di sekolah adalah setiap program mempunyai penerapan elemen integriti, memperkasakan kelab dan persatuan serta pelaksanaan khidmat bakti masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Parlimen Belia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Belia Bukan Olok-Olok

30/09/2018
0

PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang melakukan...

Usul Tambah Baik Hukuman Rotan Pelajar Di PBM

08/02/2018
0

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM), yang bersidang buat kali pertama bagi penggal 2017-2018, bermula hari ini dengan pembentangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd