Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Rokok, Tembakau...

KUNAK - Polis Kunak menumpaskan cubaan menyeludup masuk pelbagai jenis rokok dan tembakau...

GAMBAR: Lelaki Ditemui Tergantung...

PENDUDUK di sekitar Shah Alam digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki tergantung di...

UMNO Lantik Peguam Tuntut...

UMNO mungkin akan ambil tindakan undang-undang bagi tuntut kembali wang tunai RM116.7 juta...

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas...

KUALA LUMPUR : Satu jawatankuasa khas sedang dibentuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang...

Madonna Muat Naik Foto Gay Yahudi Cium Muslim

LOS ANGELES – Penyanyi popular dari Amerika Syarikat (AS), Madonna mencetuskan kontroversi setelah memuat naik foto seorang lelaki Muslim dan Yahudi hampir berciuman menerusi akaun media sosial, Instagram.

Akhbar berpengaruh Britain, The Independent melaporkan pada Isnin bahawa gambar itu jelas menyentuh isu sensitif konflik Palestin-Israel malah Madonna juga menambah tulisan #rebelhearts di kapsyen foto tersebut.

Ramai peminat Madonna di Instagram memberi reaksi bercampur-baur terhadap gambar itu dan perbahasan berlarutan sesama mereka yang percaya gambar itu kurang sesuai mengikut nilai-nilai agama Islam dan Yahudi.

Namun ada berpendapat foto itu adalah mesej cinta positif manakala salah seorang menulis: “Islam tidak sokong homoseksual. Jika ada orang tidak suka dengan itu, maka mereka tidak harus menjadi Muslim. Ia semudah itu.”

Bagaimanapun ada yang lain percaya itu adalah fikiran sempit. Seorang lagi menulis: “Jika foto ini menunjukkan cinta antara dua manusia menyebabkan kekecohan, anda semua ada terlalu banyak masa. Ini cinta, ini manusia!”

Ini bukan kali pertama Madonna atau nama sebenarnya Madonna Louise Veronica Ciccone, 56 tahun; yang berasal dari Bay City, Michigan, AS itu mencetuskan kontroversi melalui gambar yang dimuat naik melalui Instagram.

Sebelum ini beliau pernah memuat naik gambar mantan Perdana Menteri Britain, mendiang Margaret Thatcher dengan tulisan #rebelhearts tetapi kemudian memadamkan foto tersebut selepas ramai peminat mengadu.


Madonna juga pernah menggunakan tulisan #rebelhearts apabila memuat naik siri gambar tokoh-tokoh ikonik seperti mendiang Nelson Mandela, Frida Kahlo dan Martin Luther King Jr, menerusi akaun Instagram.

Gambar Martin Luther King Jr menerusi Instagram Madonna.
Gambar Frida Kahlo menerusi Instagram Madonna.
Gambar Nelson Mandela menerusi Instagram Madonna.

Itu tentunya mencetuskan kontroversi dan ramai peminatnya melahirkan perasaan kurang senang dengan cara Madonna cuba mengeksploitasi mesej menerusi paparan gambar-gambar tokoh terkenal berkenaan.

Mengikut pengamatan seorang penulis bebas dari South Carolina, tulisan #rebelhearts itu merujuk kepada seseorang dengan hati pemberontak yang menolak sempadan, serta memperjuangkan diri daripada ketegangan.

Ironi beliau dilaporkan berbuat demikian sebagai salah satu teknik pemasaran kreatif untuk mempromosikan albumnya yang ke-13 berjudul Rebel Hearts dan sudah pun berada di pasaran antarabangsa sejak 6 Mac lalu. – Agensi/H.A.AMREE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori