Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tragis! Sekeluarga Maut Minum...

JAKARTA - Sungguh tragik pengakhiran keluarga dari Bali, Indonesia ini apabila bertindak nekad...

Proses Keluarkan Mayat Insiden...

KUALA LUMPUR - Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak...

Jamal ‘Seru’ Mahathir Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin gerakan Baju Merah hari ini telah 'menyeru' Dr. Mahathir...

Masa Depan Malaysia Untuk...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah tiada siapa patut diketepikan dalam...

Lukisan Picasso Catat Rekod Lelongan Termahal AS$179 Juta

NEW YORK – Satu lukisan agung Picasso dilelong lebih AS$179 juta di New York hari ini, mengatasi rekod karya termahal yang dijual dalam lelongan yang disifatkan sebagai ‘jualan abad ini’.

Lukisan minyak bertajuk “The Women of Algiers (Version 0),” dijual dengan harga AS$179,365,000 selepas lebih 11 minit mendapat bidaan oleh pembeli menerusi telefon dalam satu lelongan yang pebuh sesak di Christie.

Tepukan bergemuruh apabila jualan berkenaan dimuktamadkan disusuli suasana ceria serta gelak ketawa peminat karya dari serata dunia dalam jualan lelong yang dianggarkan mencecah lebih AS$140 juta.

Rekod lukisan termahal sebelum ini ialah AS$142.4 juta karya pelukis British, Francis Bacon bertajuk s “Three Studies of Lucian Freud,” yang juga di jual di firma lelongan Christie di New York pada tahun 2013.


Lukisan tahun 1955 adalah satu-satunya satu lukisan utama yang terakhir oleh Pablo Picasso yang masih dimiliki individu. Picasso yang berasal dari Sepanyol melukis beberapa versi lukisan sehinggalah menyudahkan satu lukisan kanvas gergasi yang berukuran hampir 121×152 sentimeter.

Satu lagi saingan karya yang dilelong ialah arca tembaga oleh Alberto Giacometti yang dinamakan “Man Pointing,” yang dianggarkan nilainya mencecah AS$130 juta yang juga dianggap bakal memecah rekod jualan termahal.

“Dua karya ini boleh mencatatkan rekod dunia,” kata naib presiden kanan Christie, Loic Gouzer sebelum lelongan bermula. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori