• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokasi Mahasiswa Terjatuh Ke Dalam Kawah Merapi Dikesan

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) hari ini mengesan kedudukan pelajar yang dilaporkan terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi pada Sabtu lepas.

Menurut laporan-laporan berita televisyen tempatan, alat pengesan yang digunakan Basarnas mengesan objek yang dipercayai tubuh Ari Yunanto, 21, pada kedalaman lebih 100 meter.

Bagaimanapun pasukan penyelamat masih belum dapat memasuki kawah gunung itu berikutan asap dan gas beracun yang sedang aktif.

Pasukan Basarnas itu menjangkakan kerja membawa naik Ari mungkin dapat dilakukan sebelum lewat petang jika berlaku hujan.

[Tragedi Selfie, Mahasiswa Jatuh Dalam Kawah Merapi]

Mahasiswa Universitas Atmajaya Yogyakarta itu dilaporkan terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi yang kedalaman jurangnya antara 100 hingga 200 meter ketika asyik bergambar di puncak gunung itu.

Gunung Merapi dengan ketinggian puncak 2,968 meter dari permukaan laut itu terletak di bahagian tengah Pulau Jawa dan ia merupakan satu daripada gunung api teraktif di Indonesia.

Ari mendaki gunung itu bersama lima rakannya bersempena cuti hujung minggu dan ketika berada di puncak gunung dia dilaporkan tergelincir ke dalam kawah manakala lima rakannya yang terselamat terus turun semula untuk membuat laporan di pondok keselamatan di kaki gunung itu.

Mahasiswa itu dikatakan bergambar di ‘Puncak Tusuk Gigi’ iaitu di atas bongkah batu separuh tergantung di bibir kawah Gunung Merapi sebelum tergelincir. – BERNAMA

https://youtu.be/9gBknk1JKFs

Tags: Gunung Merapiselfie
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nabila Tak Patut Muat Naik Gambar Dengan Anjing – PU Syed

01/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seperti dijangkakan, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya kelmarin menjadi kontroversi di media...

“Saya Tidak Ambil Gambar, Cuma Guna Cermin”

09/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya ada mengambil gambar swafoto atau ‘selfie’ ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd