• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Terima 2.89 Juta Borang E-Filing, Meningkat 9.73%

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 2.89 juta borang nyata cukai pendapatan pelbagai kategori melalui e-Filing setakat 15 Mei lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 9.73 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 2.61 juta, katanya dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Ketiga Akademi Percukaian di sini, Selasa.

“Dari angka 2.89 juta itu, penerimaan Borang BE Tahun Taksiran 2014 melalui e-Filing pula sebanyak 2.32 juta di mana terdapat peningkatan 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014 iaitu 2.19 juta,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 124,728 pembayar cukai memilih Potongan Cukai Bulanan (PCB) sebagai cukai muktamad mereka dengan amaun RM534.64 juta setakat 15 Mei.

Katanya, pada tahun ini LHDN melaksanakan polisi menetapkan PCB sebagai cukai muktamad bagi pembayar cukai individu yang layak.

“Ini di mana sekiranya mereka berpuas hati dengan amaun PCB mereka adalah sama dengan amaun cukai yang dikira, mereka boleh memilih untuk tidak perlu menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan mereka,” katanya.

Seramai 328 orang menerima Diploma Lanjutan Percukaian Profesional dan 28 orang menerima Sijil Certified Tax Investigation Programme (CTIP) pada majlis berkenaan. – BERNAMA

 

Tags: E-FilingLHDN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemelut Dengan DAP: PAS Ambil Pendekatan Tunggu Dan Lihat

Next Post

Media Sosial Bantu Kumpul Maklumat Semasa Bencana Nepal

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

16/10/2024
0

Sesebuah negara tidak akan berhadapan dengan isu pematuhan percukaian jika setiap warganegaranya memiliki kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab membayar cukai....

Next Post

Media Sosial Bantu Kumpul Maklumat Semasa Bencana Nepal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd