• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 65,000 Orang Mengidap Diabetes Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2011 melaporkan sekitar 2.6 juta atau 15.2 peratus rakyat Malaysia menghidap diabetes manakala bagi negeri Terengganu pengidap diabetes ialah 11.6 peratus atau 68,581 orang.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohamad Omar berkata bilangan pesakit diabetes baharu yang dikesan pada tahun 2010 ialah 3,448 orang dan jumlah itu meningkat kepada 4,501 orang pada tahun lalu.

Beliau berkata diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh dicegah dan hanya memerlukan pilihan gaya hidup yang lebih sihat.

“Hari demi hari, kita semakin tidak aktif secara fizikal dan kerap makan mengikut nafsu serta tabiat memilih makanan yang tidak sihat dan ini adalah penyebab utama kepada peningkatan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia yang seterusnya menjadi faktor risiko utama bagi Diabetes Jenis 2.

“Sehubungan itu, Bulan Pemakanan Malaysia pada tahun ini dengan tema Makan Secara sihat, Aktif Bergerak: Cegah Diabetes Sejak Kecil akan terus mempromosikan kepentingan memupuk tabiat makan secara sihat dan menggabungkan aktiviti fizikal sebagai satu aspek penting kesihatan yang baik ke arah pencegahan diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bulan Pemakanan Malaysia di sini hari ini yang menyediakan pelbagai aktiviti termasuk berjalan kaki 10,000 langkah, bual bicara, pameran kempen cara Hidup Sihat, Sudut Diabetes, Kembara Kempen Kurangkan Gula, Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian serta pertandingan menyediakan hidangan pencuci mulut yang sihat.

Dr Mohamad berkata kempen pencegahan diabetes dan Kem Saya Warga Aktif Yang Sihat (I Want) ini akan menjadi satu gerakan promosi kesihatan terancang di seluruh negara.

“Kem I Want ini akan menjadi platform kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan cara hidup sihat dan aktif.

“Setiap daerah dikehendaki melaksanakan sekurang-kurangnya satu kem I Want setiap tahun di mana aktiviti wajib yang perlu dijalankan ialah regangan, senam robik, berjalan 10,000 langkah, saringan kesihatan dan pameran berkaitan Cara Hidup Sihat iaitu Makan Secara Sihat, Lakukan Aktiviti Fizikal, Tak Nak Merokok, Minda Sihat, Sihat Tanpa Alkohol dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, kanser dan sakit jantung,” katanya.

Antara program yang telah dilakukan setakat ini ialah kembara pemakanan sihat di pasar raya, pameran kalori makanan di kantin sekolah dan pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah bagi mendidik masyarakat sejak kecil tentang amalan pemakanan sihat. – BERNAMA

Tags: diabetesTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kawalan Keselamatan Kompleks D Putrajaya Diperketat

Next Post

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA Beri Peluang Kedua?

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA Beri Peluang Kedua?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd