• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Serbu Restoran Jual Roti Canai Telur RM2.50

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul hari ini diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNN) Pulau Pinang gara-gara menjual roti canai telur pada harga RM2.50.

Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri Chin Ching Chung berkata pemeriksaan pada 10.40 pagi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan pengguna mengatakan harga roti canai telur sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ialah RM1.80.

“Peniaga terbabit diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan menyatakan sebab munasabah mereka menaikkan harga sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jika pengusaha gagal mengemukakan alasan kenaikan itu dalam tempoh yang ditetapkan mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Jika pengusaha terbabit didapati mengaut keuntungan dengan margin berlebihan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 14 akta sama,” katanya.

Chin berkata siasatan lanjut mendapati harga roti canai telur di restoran itu berubah beberapa kali sebelum April iaitu dari RM1.80 kepada RM2.20 dan terbaru menjadi RM2.50 selepas GST.

Tinjauan pada tanda harga di papan menu yang menggunakan pelekat mudah dipinda mendapati harga roti canai telur pernah dijual pada harga serendah RM1.60.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan harga dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa sikap tamak segelintir peniaga yang mengambil kesempatan pelaksanaan GST untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=IGsfktWH9xI

Tags: KPDNKKrestoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

31/01/2023
0

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd