• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL Satu Daripada Syurga Makanan Dunia

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Budaya makanan Malaysia semakin dikenali di seluruh dunia dengan Kuala Lumpur menjadi satu daripada ‘syurga’ makanan di dunia, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata bandar raya ini mempunyai beberapa masakan dan restoran terbaik di dunia dan sangat terkenal dengan campuran dan kepelbagaian budaya masakan.

“Dan dengan isyarat yang begitu positif dalam peluang perniagaan dan ekonomi yang begitu baik, banyak restoran dan outlet makanan tumbuh dan berkembang berikutan permintaan pengguna.

“Buktinya, setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan 7,000 lesen makanan dan minuman di KL yang terdiri daripada gerai sehingga kedai kopi, restoran jenis kasual dan mewah dengan jumlah yang dikendalikan generasi baharu semakin meningkat,” katanya semasa berucap pada Festival KL Big Kitchen 2015 di Dataran Merdeka di sini semalam.

Festival itu disempurnakan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah .

“Dan menyentuh mengenai ‘makanan bajet’, KL menawarkan kepelbagaian, untuk harga yang murah secara perbandingan. Kunjungi gerai di tepi jalan; anda akan benar-benar merasakan masakan rakyat Malaysia dengan harga yang berpatutan.

“Sesetengah kedai kopi juga menawarkan peluang menikmati makanan di tepi jalan dengan meletakkan meja di kawasan pejalan kaki dan mewujudkan satu gaya tersendiri menikmati makanan,” kata Tengku Adnan.

Mengenai festival itu, Tengku Adnan berkata slogan “Bringing You the Gastronomic Experience” merupakan cara terbaik untuk menjelaskan mengenai festival itu yang bertujuan menjadi kuasa menyediakan makanan terbaik bagi memperkenalkan KL sebagai wadah tumpuan Asia Tenggara.

Beliau berharap semua pihak memberikan sokongan berterusan bagi mempromosikan KL dan membawa kemasukan pelancong agar mereka kagum melihat KL dengan potensinya yang sebenar, sebagai nadi negara ini, yang beliau benar-benar percaya merupakan sebuah bandar raya Asia yang sebenar.

“Kita perlu berbangga dengan makanan kita, raikannya dan tonjolkan kekayaan dan kepelbagaiannya kepada dunia melalui Festival KL Big Kitchen 2015,” katanya. – BERNAMA

Tags: makananTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd