• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Pusat Serah Hala Tuju Penstrukturan Air Negeri Kepada S’gor

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan persekutuan menyerahkan hala tuju penstrukturan semula industri bekalan air Selangor kepada kerajaan negeri selepas Perjanjian Induk gagal dimuktamadkan pada 30 April lepas, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Katanya beliau telah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pada 30 April mengenai perkara itu dan terpulang kepadanya untuk menyelesaikan isu pemindahan aset air dan pengambilalihan penuh pemegang konsesi air Selangor seperti yang terkandung dalam perjanjian.

Bagaimanapun, katanya kerajaan persekutuan akan terus komited untuk memuktamadkan penstrukturan semula itu bagi memastikan jaminan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Nampaknya, masih ada kekangan di peringkat kerajaan Selangor jadi dalam surat itu saya kata terpulang kepada beliau untuk selesaikan.

“Kami telah memenuhi bahagian kami dan sekarang adalah masa bagi Selangor menjalankan bahagian mereka pula, tetapi bagi pihak (kerajaan) pusat kami masih belum tutup pintu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 63 kakitangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini Jumaat.

Ongkili sebelum ini berkata kerajaan Selangor diberi masa hingga 30 April untuk memberi jawapan mengenai Perjanjian Induk itu selepas ditangguhkan beberapa kali daripada tarikh akhir pada 12 Jan lepas, susulan isu pemindahan dua aset air di Bukit Nanas dan Semenyih kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Katanya kerajaan persekutuan bersedia menyerahkan peruntukan RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air sekiranya kerajaan negeri dapat menyediakan aset lain yang mempunyai nilai mencukupi bagi menggantikan dua aset terbabit.

Menurutnya dalam mesyuarat antara pegawai kedua-dua pihak, kerajaan Selangor mengenal pasti empat aset air lain yang boleh dipindah milik namun masih tidak dapat dimuktamadkan.

“Empat aset air itu saya tidak boleh namakan lagi sebab masih dalam peringkat perbincangan, tetapi mereka nampaknya masih belum bersedia untuk melepaskan aset-aset itu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor terus mendakwa bahawa tanah tempat terletaknya loji Bukit Nanas dan loji Semenyih adalah milik Selangor, tetapi dari segi undang-undang, perkara itu tidak berasas.

Sementara itu, Ongkili berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan sistem agihannya akan diteruskan dan kerajaan persekutuan akan mempertimbang tindakan undang-undang jika kerajaan Selangor terus menangguhkan pengeluaran permit yang diperlukan untuk projek itu.

Katanya kerajaan persekutuan akan mempertahankan ‘heads of agreement’ (HoA) yang telah ditandatangani kedua-dua pihak mengenai projek itu kerana ia tidak tertakluk kepada Perjanjian Induk.

“Jika ada halangan tertentu kami akan ambil tindakan mungkin di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat dapat dilindungi, tetapi setakat ini belum sampai tahap itu.

“Ada beberapa permit yang kami masih belum dapat dan ada tanah yang masih diperlukan dan kami harap mereka hormati HoA itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanKerajaan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd