• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Beri Peruntukan Tambahan RM101 Juta Kepada Kelantan

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM101 juta sebagai peruntukan tambahan kepada kerajaan negeri Kelantan bagi membaiki pelbagai kerosakan infrastruktur termasuk pengagihan bekalan air bersih dan pembaikan jalan.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebanyak RM36 juta disalurkan terus kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi membaiki sistem perpaipan, dan RM19 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membaiki infrastruktur serta longkang.

“Selain itu, sebanyak RM33 juta diperuntukkan untuk membaiki jalan yang rosak, serta RM13 juta bagi membaiki cerun. Ia merupakan permintaan daripada kerajaan negeri yang telah kita tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas memyerahkan kunci rumah kekal mangsa banjir kepada seorang penduduk di Kampung Sat di sini, hari ini.

Hadir sama Duta Besar Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa, anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Cawangan Kelantan Azran Deraman.

Mengulas mengenai kelewatan pembinaan rumah kekal kepada mangsa banjir di negeri ini, Mustapa yang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata ia berpunca daripada 1,311 mangsa yang tidak mempunyai hak milikan tanah sendiri.

“Kita sekarang memberi fokus kepada 513 mangsa yang mempunyai milikan tanah sendiri. Sebanyak 333 buah rumah terdiri daripada 168 buah rumah (sumbangan)Kerajaan Persekutuan dan bakinya 165 buah rumah daripada kerajaan negeri sedang dibina dengan proses pembinaan telah mencapai 70 peratus .

Bagi keluarga yang tidak mempunyai milikan tanah pula, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah menyediakan pelan ‘layout’ di Chenulang, Kuala Krai bagi membina kira-kira 400 buah rumah kepada mangsa banjir,” katanya.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata 117 mangsa banjir masih tinggal di dalam khemah sementara, iaitu 70 keluarga di Gua Musang dan 47 keluarga di Kuala Krai.

“Kebanyakan mangsa telah berpindah ke rumah sanak-saudara ataupun tinggal di rumah transit (rumah sementara) yang dibina oleh kerajaan negeri Kedah dan Terengganu serta badan bukan kerajaan (NGO).

Bagi bantuan wang ehsan sebanyak RM500 pula, seramai 1,190 keluarga telah menerima wang berkenaan manakala 17,000 keluarga lagi sedang disemak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana tidak mempunyai alamat tetap dan tidak mempunyai nombor kad pengenalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd