• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi P.Pinang Meningkat 56.06% Minggu Lepas

oleh Ahmad Albab
11/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat peningkatan sebanyak 56.06 peratus atau 37 kes bagi tempoh tujuh hari minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata sebanyak 103 kes denggi dilaporkan dari 26 April hingga 2 Mei berbanding 66 kes dari 19 April hingga 25 April lepas.

“Secara kumulatif setakat 2 Mei sebanyak 1,726 kes denggi dilaporkan berbanding 640 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Enam kematian akibat denggi direkodkan tahun ini berbanding tiga kematian pada 2014,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat tiga lokaliti wabak tidak terkawal di daearah Timur Laut iaitu Jalan Pasar, Jalan Perak dan Lengkok Hijau yang merekodkan 33 kes dalam tempoh berkenaan.

Dr Afif mengingatkan masyarakat supaya terus mengambil langkah pencegahan dengan melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan masing-masing bagi mengenal pasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu.

Beliau juga meminta orang ramai memberi kerjasama dengan membenarkan petugas kesihatan menjalankan semburan kabus di dalam rumah dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami simptom awal penyakit denggi. – BERNAMA

Tags: demam denggiPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd