• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus Peruntukan RM16j Untuk Tangani Banjir Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM16 juta bagi kerja-kerja mengurangkan ancaman banjir di Kelantan pada musim tengkujuh, hujung tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Shahimi Sharif berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM6 juta sedang dibelanjakan bagi membina struktur tebing dan pembersihan beberapa sungai di negeri ini.

Ini termasuk membersihkan Sungai Kerinting di Gua Musang yang mengalami timbunan pokok tumbang dan hanyut tersangkut pada jambatan sungai berkenaan akibat banjir Disember tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan futsal di sini, Jumaat.

Sebanyak 13 pasukan mewakili setiap daerah menyertai acara tahunan itu bagi merebut Piala Pengarah JPS Kelantan.

Shahimi berkata keutamaan pembersihan sungai akan diberikan kepada sungai yang berisiko tinggi termasuk Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang teruk mengalami hakisan tebing pada musim banjir lepas.

“Kita menambak dengan batu supaya tebing sungai lebih kukuh bagi menghadapi tekanan banjir akan datang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengagih-agihkan peruntukan itu ke setiap pejabat JPS daerah di Kelantan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat bulan akan datang iaitu sebelum tiba musim tengkujuh.

“Tender-tender masih dibuka kepada kontraktor yang berminat bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan,” katanya.

Selain itu beliau juga berkata JPS akan membina lebih banyak stesen menyukat air hujan di samping menambah baik stesen-stesen sedia ada bagi membuat ramalan lebih tempat mengenai ancaman banjir pada masa akan datang. – BERNAMA

 

Tags: KelantanKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd