• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Indonesia Umum Penurunan Kos Biaya Ibadah Haji

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kerajaan Indonesia mengumumkan penurunan kos biaya ibadah haji bagi tahun ini sebanyak US$502 (RM1,800).

Presiden Republik Indonesia Joko Widodo berkata berikutan penurunan itu, kos untuk menunaikan ibadah haji tahun ini adalah sebanyak US$2,717 (RM9,500) sahaja berbanding US$3,219 (RM11,267) pada tahun lepas.

Beliau dipetik media tempatan sebagai berkata penurunan kos itu disebabkan kajian semula dan pemotongan kos operasi.

“Kita telah berhasil dan besaran biaya penyelenggaraan haji 2015 mengalami penurunan signifikan dibanding tahun lalu,” katanya.

Jokowi telah menandatangani Peraturan Presiden mengenai Pembiayaan Haji 2015 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Agama republik itu.

Katanya penurunan kos itu juga disebabkan kejayaan langkah penjimatan, kecekapan penerbangan dan pengangkutan darat serta penempatan jemaah haji di Makkah.

Sementara itu, Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin dipetik sebagai berkata kuota jemaah haji republik itu pada tahun ini adalah 168,800 orang.

Katanya walaupun kos biaya ibadah haji itu diturunkan, pihaknya akan terus meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah haji bagi keselesaan mereka di tanah suci.

Beliau berkata antara peningkatan kemudahan itu termasuklah jemaah akan diberi makan sekali setiap hari bagi tempoh 15 hari di Makkah.

Lukman berkata selain itu, semua jemaah haji dari Indonesia berpeluang mendarat terus di Madinah berbanding sebelumnya terpaksa menaiki pengangkutan darat ke Madinah dari lapangan terbang di Jeddah.

Penerbangan pertama berlepas ke tanah suci dari negara ini dijadual pada 21 Ogos manakala penerbangan pertama balik ke tanah air dijadual pada 28 Sept.- BERNAMA

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd