• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Hasrat Bina Tembok Di Sempadan M’sia-Thailand

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembinaan struktur itu mungkin jauh lebih berkesan dalam mengawasi sempadan, kerana hakikatnya pasukan keselamatan memang tidak mampu untuk memantau lebih 100 ‘jalan tikus’ di kawasan sepanjang kira-kira 700 kilometer sempadan negara yang memisahkan Malaysia dan Thailand.

Katanya, beliau juga dijadualkan menemui menteri besar Perlis, Kedah dan Kelantan tidak lama lagi untuk memaklumkan arahan terbaru Kementerian Dalam Negeri kepada petugas keselamatan sempadan negara untuk meningkatkan lagi pengawasan.

Baca: Ruang Kosong 10m Antara Tembok Sempadan Punca Bolos?

Beliau berkata pemeriksaan di pusat pemeriksaan di sempadan perlu diperkukuhkan supaya tiada lagi individu yang boleh keluar atau masuk sesuka hati dengan hanya “mengangkat tangan atau menganggukkan kepala sahaja”.

“… dahulu memang dipinta oleh kerajaan negeri (pelbagai kelonggaran) dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan, sekarang saya nak berbincang dengan MB negeri terbabit untuk beritahu sendiri secara rasmi bahawa tiada lagi hanya ‘angguk atau angkat tangan sahaja’ untuk melintasi sempadan negara,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Muara Tebas, kira-kira 30 kilometer dari sini pada Sabtu.

Isu sempadan mula menjadi perhatian ramai ekoran penemuan kem haram dan kubur di Bukit Wang Burma di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini yang dikatakan menempatkan pendatang asing yang menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia. – BERNAMA

Tags: KerajaanMalaysiaThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd