• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bakal Kuat Kuasa Akta Perubatan Tradisional

oleh Ahmad Albab
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013 [Akta 756] dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tarikh penguatkuasaan itu bermula akan ditetapkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

“Akta 756 mewajibkan semua pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang mengamal bidang amalan diiktiraf untuk berdaftar dengan Majlis PT&K yang akan ditubuhkan apabila Akta 756 dikuatkuasakan kelak.

“Kementerian Kesihatan ingin menarik perhatian umum kepada subseksyen 63(3) Akta 756 berkaitan Peruntukan Peralihan yang menyatakan bahawa mana-mana pengamal yang berdaftar dengan badan pengamal yang sebelum permulaan kuat kuasa akta ini menjalankan atau melaksanakan fungsinya sebagai sebuah badan yang mengawal bidang amalan hendaklah memohon untuk didaftarkan dibawah akta ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti lapan Badan Pengamal untuk membantu dalam urusan `self-regulation’ pengamal PT&K mengikut bidang amalan masing-masing.

“Oleh itu mana-mana pengamal yang ingin mendaftar sebagai pengamal PT&K dalam bidang amalan diiktiraf adalah disarankan untuk menyertai Badan Pengamal yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan sebelum Akta 756 dikuatkuasakan,” katanya.

Senarai Badan Pengamal yang berdaftar dengan KKM boleh dicapai melalui pautan melalui pautan http://tcm.moh.gov.my/v4/bmelayu/modules/mastop_publish/?tac=39. – mynewshub.cc

Tags: KerajaanPerubatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd