• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejar Bapa Dengan Pisau Berang Ditegur Biadap

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda hilang pertimbangan dengan bertindak mengejar bapanya sambil memegang pisau selepas ditegur oleh bapanya dalam satu kejadian di Felda Cherul, Kemaman pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, bapa pemuda itu yang merupakan seorang peneroka terdengar anaknya telah bertengkar dengan ibunya di kediaman mereka.

Katanya bapa yang berusia 51 tahun telah mendekati dua beranak itu sebelum mendapati anaknya mengamuk dengan mengugut untuk merosakkan barangan di dalam rumah.

“Si bapa mendekati anaknya dan menasihati supaya tidak terus bertengkar dengan ibunya lagi. Namun tidak sangka disebabkan teguran itu anaknya terus naik berang dan bertindak di luar kawalan dengan memukul bapanya menggunakan batu-bata.

“Selepas itu, anaknya itu terus bertindak agresif dengan mengambil pisau dari dapur rumah mereka lantas mengejar bapanya sekeliling rumah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya kejadian itu dipercayai berpunca selepas permintaan pemuda berkenaan untuk mendapatkan wang tidak dilayan dan anaknya yang berusia 21 tahun itu bertindak memarahi ibu dan mengugut bapanya.

Bimbang dengan keselamatan, bapanya telah membuat satu laporan polis dan pihak polis percaya ketika kejadian, pemuda itu berada dalam pengaruh dadah. – BERNAMA

https://youtu.be/Cxci2wcrwdk

Tags: Jenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd