• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Pasar Raya Eropah Jual Sosej Babi Label Halal

oleh
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON — Rangkaian pasar raya diskaun terbesar Eropah, Aldi, terpaksa memohon maaf kepada pelanggan Muslim setelah didapati menjual produk sosej daripada bahan kulit dan darah babi, tetapi diberi label halal.

Sebaliknya, pengurusan pasar raya berasal dari Jerman itu mendakwa, pembekal sosej ini menyatakan bahawa mereka tersilap memasang label halal dan sudah memaklumkan kepada Aldi tentang kesalahan tersebut.

“Kami minta maaf kepada pengguna yang terkena impak daripada kesalahan kami … kami juga ucap terima kasih kepada masyarakat yang beritahu kesalahan ini,” kata pengarah pembekalan sosej, Kushal dan Vinita Duggal.

Jurucakap Aldi dalam pada itu menjelaskan bahawa pihaknya sudah melakukan penyelidikan dan produk sosej tersebut hanya dijual di cawangan pasar raya itu di wilayah Scotland malah ia sudah pun ditarik dari pasaran.

“Kami meminta maaf atas kekeliruan ini dan bagi pelanggan yang sudah membeli sosej ini, diharap sila mengembalikan produk tersebut dengan segera untuk kami ganti kepada yang lain,” kata kenyataan Aldi.

Foto produk sosej babi ‘halal’ ini menjadi perbualan panas ramai pengguna media sosial di Eropah apabila mereka menunjukkan bahagian belakang produk jelas menyatakan ia diperbuat dengan bahan kulit dan darah babi.

“Ini benar-benar tidak dapat diterima, saya berasa dipermainkan, ia melanggar moral dan agama. Komuniti Muslim tidak patut dilayan begini” kata seorang pelanggan Aldi, Manahil Khan kepada akhbar Britain, The Mirror.

Aldi yang diasaskan sejak 1946 berpangkalan di Jerman kini memiliki lebih 9,600 cawangan di 18 buah negara Eropah selain Amerika Syarikat dan Australia dengan hasil jualan lebih 50 bilion euro (RM200 bilion). — Agensi/H.A.AMREE

Tags: babiHalalJermanlabelsosej
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan sepasang bayi...

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor-  Titah Sultan

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor- Titah Sultan

10/02/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM 10 FEB. – Sultan Selangor menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd