• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Bukan Mangsa Penculikan

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menafikan dakwaan yang tersebar melalui media sosial berhubung seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi mangsa culik di Marang, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata hasil siasatan awal, pihaknya mendapati kanak-kanak ini bukan mangsa penculikan untuk mendapatkan wang tebusan namun insiden itu tercetus ekoran perselisihan faham kedua ibu bapanya.

Katanya kejadian itu berlaku 7.30 pagi ketika ibu mangsa, 35, bersama anaknya dalam perjalanan dari Marang ke Bukit Payung untuk menghantar anaknya ke rumah sepupunya sebelum keretanya dihalang oleh individu yang tidak dikenali.

“Namun ketika tiba di Jalan Bukit Kor, kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua beranak itu telah dihalang oleh sebuah Proton Exora dan berlaku sedikit pelanggaran dan pemandu Exora tersebut telah meminta ibu mangsa menurunkan cermin tingkap sebagai usaha untuk melihat kanak-kanak tersebut.

“Sejurus selepas itu datang sebuah lagi kereta jenis Toyota Alphard terus menghimpit bahagian belakang kereta wanita tersebut dan melihat suaminya membuka pintu kereta dan terus melarikan anaknya dengan kenderaan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya pihaknya juga telah memaklumkan kepada semua pihak termasuk Interpol bagi menjejaki suspek yang berusia 30-an bersama anaknya.

Wan Aziz berkata pasangan berkenaan masih dalam proses penceraian dan ibu kanak-kanak yang bekerja sebagai guru agama itu telah mendapat hak penjagaan sementara daripada Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

Sebelum ini, pasangan berkenaan menetap di Brunei namun pada penghujung tahun lalu ibu mangsa membawa anaknya pulang ke kampung halamannya di Marang.

Katanya Mac lalu, suami wanita terbabit yang berasal dari Brunei itu membuat satu laporan polis di mana beliau risau dengan keselamatan anaknya yang tiada dokumen untuk menetap di Malaysia.

“Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dijalankan dan kita tegaskan kanak-kanak tersebut bukan diculik seperti yang disebarkan di laman sosial sebaliknya dia dilarikan oleh bapanya sendiri,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak daripada hak penjagaan yang sah.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengenali individu terbabit tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. – BERNAMA

 

Tags: kes culikpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd