KUCHING – Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan menggesa jururawat sentiasa mengamalkan profesionalisme dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan dan perubatan.
Beliau berkata jururawat yang menjadi tonggak perkhidmatan kesihatan juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terkini ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan.
“Bidang kejururawatan merupakan profesion yang mulia, justeru jururawat perlu terus berperanan sebagai pembawa cahaya kepada pesakit. Jururawat mampu bertindak sebagai ejen perubahan,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Jururawat peringkat negeri di sini hari ini.
Jururawat juga perlu sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, katanya. – BERNAMA

