• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Dikritik Mahu Namakan Anak Monyet Charlotte

oleh
08/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO — Pihak pengurusan sebuah taman negara di Jepun terpaksa mempertimbangkan semula nama seekor bayi monyet setelah tinjauan pendapat terbuka sebelum itu memutuskan untuk memberikannya nama Charlotte.

Ia susulan timbul kritikan terbaharu bahawa nama haiwan tersebut agak kurang sopan kerana secara kebetulan pula menyerupai nama puteri terbaharu diraja Britain yang lahir pada 2 Mei lalu, malah juga bernama sama.

Taman Nasional Monyet Liar Gunung Takasaki dalam kenyataan tradisi untuk monyet pertama yang lahir setiap tahun pada Rabu mengumumkan Charlotte dipilih setelah nama itu menjadi paling atas dalam satu bancian.

Charlotte, bayi terbaharu dilahirkan di taman negara Takasaki. – Gambar hiasan

“Nama dibuat secara terbuka, dan nama ‘Charlotte’ paling jadi pilihan dan amat popular, dengan 59 daripada total 853 suara, kebetulan setelah nama bayi diraja itu diumumkan,” kata seorang pegawai taman kepada agensi AFP.

Dia turut menjelaskan: “Agak pelik apabila kami mendapati tidak ada sesiapa pun yang memohon nama ‘Charlotte’ sebelum pengumuman secara rasmi nama puteri itu dibuat pihak Istana Buckingham pada malam Isnin lalu.”

Puteri Charlotte Elizabeth Diana yang merupakan anak kedua daripada pasangan diraja Inggeris, Putera William dan Kate Middleton selamat dilahirkan di Hospital Saint Marry di Paddington, London pada awal Sabtu lalu.

Sekumpulan monyet liar Jepun erat berpelukan ketika musim sejuk. – Gambar hiasan

“Sejak kami mengumumkan nama itu, kami sudah menerima sejumlah panggilan telefon dan e-mel daripada orang ramai yang kebanyakan membidas nama tersebut sebagai boleh menyinggung perasaan rakyat Britain.

“Mereka kesal kami beri nama seekor monyet kebetulan menggunakan nama yang sama dengan nama anggota kerabat pewaris kerajaan Britain,” kata jurucakap taman itu yang terletak di hutan pinggir bandar raya Oita.

“Pagi ini, kebetulan seorang pengulas program bual bicara stesen TV tempatan mengatakan, nama itu biasa sahaja dan tiada yang pelik, tetapi kebanyakan pendapat awam pula menentang cadangan nama tersebut,” tambahnya.

Agensi berita Kyodo melaporkan, ramai mengadu, bagaimana reaksi rakyat Jepun jika zoo di Britain memberi nama binatang menyerupai dengan nama seorang anggota kerabat yang dihormati keluarga maharaja Jepun.

Charlotte Elizabeth Diana yang nyenyak tidur lena. – Gambar hiasan

Menurut pengurusan taman di barat daya Pulau Kyushu itu, mereka sedang mencari alternatif nama baharu dan menambah, pihaknya turut mempertimbangkan pilihan untuk menggantikan sahaja nama bayi monyet itu.

Taman di pinggiran pantai yang cukup popular dalam kalangan pelancong asing itu dibuka sejak 1953 dan dihuni lebih 1,200 ekor monyet liar baka asli Jepun serta merupakan bekas gunung berapi purba setinggi 628 meter.

Dalam pada itu, kelahiran puteri comel tersebut mencetuskan semangat patriotik di Britain apabila pihak media dan masyarakat memuji namanya sebagai satu bentuk penghormatan untuk tiga individu penting sekali gus.

Kombinasi tiga nama berkenaan sebenarnya dipilih daripada gabungan nama datuknya, Putera Charles; moyangnya, Ratu Elizabeth II; dan mendiang bonda William, iaitu Puteri Diana. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: bayiBritainBuckinghamCharlottehaiwanjepunmonyet
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd