• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Pelajar Malaysia Nor Atikah Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Jenazah Nor Atikah Alias, pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kebakaran asrama di Rusia pada 22 April lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Jeram Linang di sini, hari ini.

Jenazah Nor Atikah disemadikan bersebelahan kubur neneknya Allahyarham Esah Ali pada kira-kira 10.45 pagi ini.

Jenazah pelajar perubatan itu sebelum itu disembahyangkan di rumah bapa saudaranya Mat Yaacob Mat Jusoh yang terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan berkenaan.

Jenazah Allahyarham yang dibawa pulang dari Moscow, Rusia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam tadi dan terus dibawa dengan kereta jenazah dan tiba pukul 8.30 pagi ini di rumah bapa saudaranya itu.

Turut mengiringi jenazah dari Moscow dan KLIA ialah bapa Allahyarham Alias Yaacob, ibu Najihah Mat Jusoh serta tunang Nor Atikah iaitu Wan Mohd Ikwan Wan Sayuti.

Nor Atikah, 25, pelajar perubatan tahun akhir Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia di Moscow meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sklifosovskogo akibat melecur 30 peratus pada muka, tangan dan kaki.

Segala kos untuk membawa pulang jenazah Nor Atikah ditanggung oleh kerajaan Terengganu kerana Allahyarham merupakan pelajar tajaan Yayasan Terengganu.

Turut menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Anggota Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Terengganu Ghazali Taib dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Najihah ketika ditemui pemberita berkata beliau sempat bertemu dan bercakap dengan Nor Atikah sebelum anaknya itu meninggal dunia tiga hari kemudian di hospital tersebut.

“Dalam pertemuan itu, Nor Atikah banyak menceritakan soal syurga. Beliau seorang anak yang baik dan saya reda pemergiannya (meninggal dunia),”
katanya.

Nor Atikah ialah anak kedua daripada lima beradik. Bapanya seorang anggota polis trafik berpangkat sarjan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Sementara itu, Mat Yaacob berkata dua ekor lembu yang telah disediakan untuk majlis perkahwinan Nor Atikah pada Ogos ini, akan digunakan untuk membuat kenduri doa selamat untuk Allahyarham.

Beliau berkata Allahyarham amat rapat dengan keluarganya dan apabila setiap kali pulang bercuti dia akan datang ke rumahnya. – BERNAMA

https://youtu.be/0PozVZiANoo

Tags: jenazah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fahrin Ahmad Nafi Elena Hani Janda Anak Satu

Next Post

GAMBAR: Betul Ke ‘Kain’ Yang Dijemur Tu Kulit Kucing?

Related Posts

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

Nahas 5 Kenderaan: Jenazah 5 Sekeluarga Dikebumikan Selepas Asar

24/12/2024
0

BANGI - Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di...

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

Jenazah Lelaki 420kg: Bomba, NGO Tawar Bantuan

15/12/2024
0

KOTA BHARU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram...

Next Post

GAMBAR: Betul Ke 'Kain' Yang Dijemur Tu Kulit Kucing?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd