• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Menang Bergaya, Mara Ke Suku Akhir Piala AFC

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan kelab Myanmar, Ayeyawady United 5-0 di dalam saingan pusingan kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini, malam tadi.

Beraksi di hadapan 16,850 penyokong, JDT  menurunkan kedua pemain import iaitu Jorge Rolando Pereyra Diaz dan Luciano Gabriel Figueroa untuk menguatkan jentera serangan bersama pemain lain.

Strategi nyata berkesan apabila seawal minit kedua, kapten pasukan Harimau Selatan itu, Safiq Rahim berjaya meledakkan gol pertama menerusi rembatan kencang selepas menyambut hantaran Figueroa.

Ayeyawady cuba  merapatkan jurang pada minit ke-14 namun hantaran silang pemain tengahnya, Sim Woon Sub gagal dimanfaatkan Naumov Riste dan bola tersasar ke tepi tiang gol.

Pada minit ke-20 pula, pemain tengah JDT, Mohd Nazrin Mohd Nawi cuba untuk menambahkan jaringan namun rembatannya juga  sekadar tersasar tiang gol.

Pada babak kedua, JDT tidak memerlukan masa yang lama untuk menjaringkan gol kedua, hasil rembatan kencang Figueroa yang gagal ditepis penjaga gol Ayeyawady, Vanlai Hruai pada minit ke-42.

Keputusan membuatkan kelab Myanmar itu lebih tertekan, sebelum mereka dikejutkan lagi dengan dua jaringan daripada  Diaz pada minit ke-60 dan 73.

Di saat perlawanan memasuki masa tambahan pada minit ke-90,  Figueroa sempat menghadiahkan gol kelima buat JDT dan keputusan kekal sehingga wisel penamat. – BERNAMA

https://youtu.be/Y2_iuAyo_5w

Tags: Piala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

22 Tentera AS Terdedah Kepada Anthrax Di Korea Selatan

Next Post

Enjin Pesawat Singapura Hilang Kuasa Di Udara

Related Posts

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

Next Post

Enjin Pesawat Singapura Hilang Kuasa Di Udara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd