• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Bot Rohingya: M’sia Kecewa Dituduh Tak Berperikemanusiaan

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA melahirkan rasa kecewa dengan sikap negara jiran yang menganggap Malaysia tidak berperikemanusiaan susulan tidak menerima kehadiran mangsa sindiket pemerdagangan orang yang terdiri daripada etnik Rohingya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, ada negara jiran yang sebenarnya tegar menunda bot dinaiki kesemua mangsa masuk ke perairan negara ini.

[Benarkan Bot Bawa Pelarian Rohingya, Bangladesh Mendarat]

shahidan-kassim1

Ujar beliau dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, “Negara-negara lain bercakap Malaysia tidak berperikemanusiaan tetapi seorangpun mereka tidak ambil orang-orang Myanmar ini.

“Melihat orang-orang yang bermasalah, sudah tentulah hati kita cukup berat untuk menolak mereka. Kita tidak tolak, kita bagi segala kemudahan tetapi kita berkecil hati dengan negara jiran yang sanggup tunda bot bawa dekat sempadan kita.”

Minggu lalu, seramai 1,158 mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang terdiri daripada etnik Rohingya dan warga Bangladesh mendarat secara haram di Langkawi.

Ianya merupakan pendaratan terbesar yang direkodkan setakat ini. Ia terjadi setelah Thailand memerangi sindiket berkenaan secara besar-besaran.

Sementara itu, menurut laporan, hasil pemeriksaan agensi keselamatan mendedahkan bahawa mangsa yang berada di atas kapal tersebut bukan sahaja etnik Rohingya malah warga asing yang tidak diketahui asal usul.

“Kita lihat dalam bot itu lebih separuh etnik Rohingya, tetapi sebahagiannya orang Bangladesh dan tidak dikenali.

“Maksudnya, kemungkinan semasa operasi yang dibuat negara jiran itu, dimasukkan semua orang yang mereka jumpa dalam bot datang ke sini, termasuk mangsa penyeludupan orang.”

Selain itu Shahidan berkata, kerajaan akan memberikan bantuan dari segi makanan, minuman, minyak dan memperbaiki kapal andai ia rosak.

Ketika ini, Malaysia sudahpun menampung 45,000 orang Rohingya dengan kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelarian).

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Laporan Tentang Etnik Rohingya Yang Mendarat Di Langkawi Isnin Minggu Lalu

https://www.youtube.com/watch?v=sAhdvjkPcWo

Tags: LangkawiRohingyaShahidan KassimUNHCR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd