Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelik… Anak Khinzir Lahir...

SEEKOR anak khinzir yang baru lahir di sebuah ladang di wilayah Guizhou, China...

Liga Juara Eropah: Liverpool...

LONDON - Legenda Manchester United, Paul Scholes percaya Liverpool mampu melakar kejutan dengan...

Anggota Bomba Pujuk Dua...

CHANGLUN (Kedah) - Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki...

Hilang Kawalan, Treler Rempuh...

BENTONG : Tidak sampai 24 jam berlaku kemalangan ngeri yang meragut 4 nyawa...

Isu Altantuya Terus ‘Dikitar Semula’ Pembangkang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekalipun kes kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan, ia terus ‘dikitar semula’ oleh pembangkang.

Najib berkata ia menjadi gangguan bila isu itu ditimbulkan sekali lagi.

“Kita semua tahu jika pemimpin veteran terus menimbulkan perkara itu, walaupun secara bersahaja, ini secara automatik menyebabkan isu itu muncul semula.

“Individu berpengaruh seperti itu mempunyai banyak sumber. Bila isu itu meletus, saya percaya mereka masih boleh mendapatkan pengesahan tentang dakwaan itu,” beliau berkata demikian dalam posting terbaru di blognya NajibRazak.com.

Najib semalam menyenaraikan 13 dakwaan dilemparkan terhadapnya dan kerajaan, di samping beliau memberikan responnya.

Najib berkata, “Jika mereka percaya ini benar, mengapa mereka tidak timbulkannya bila isu itu meletus 8 tahun lalu? Mengapa sekarang? Sesetengah mereka berkata mereka mempersoalkan isu itu sekarang kerana ia melibatkan soal hidup dan mati mereka yang telah disabitkan kesalahan,” tambah beliau.

Najib berkata kes itu telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman dijatuhkan, oleh itu “apakah mereka mempertikai sistem kehakiman yang sedia ada?”.

Mahkamah Rayuan pada Jun, 2013 berkata tidak ada bukti untuk mengaitkan Perdana Menteri Najib dengan kematian Altantuya.

Beliau berkata sekalipun pertimbangan dan penghakiman mahkamah yang mendalam, dan masa yang banyak diberikan kepada perayu untuk kes didengar dan dihakimi, Sumpah Laknatnya, dan penafiannya yang dibuat berulang.

Selain “penjelasan umum oleh Razak Baginda, sesetenah orang masih terus mempersoalkan isu itu dan cuba mengaitkan saya,” kata Najib.

Najib berkata rakyat harus mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu terus dimainkan, dan ini satu daripadanya.


“Ia menjadi panas pada ketika saya bakal menjadi perdana menteri dan Pembangkang memerlukan cara untuk menyekat saya dari maju ke hadapan,” kata beliau.

Katanya, Pembangkang dan media mereka dengan tidak bertanggungjawab cuba bermain perang saraf dengan cuba mengaitkan beliau dan menyebarkan persepsi.

“Hingga mereka sanggup ‘superimpose’ gambar saya, makan malam dengan mangsa di sebuah restoran.

“Dalam era media sosial sekarang, benda-benda ini tersebar luas tanpa kawalan, termasuk gambar ‘superimpose’,” kata beliau.

Oleh itu, tidak adil untuk memaksa beliau menyiasat kes ini lagi, dan menuntut untuk tahu, jika ada sesiapa, yang mengarahkan pembunuhan itu.

“Saya tidak terlibat dan tidak tahu menahu mengenainya. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah dalam pembunuhan itu. Kisah itu sepatutnya sudah berakhir”, kata Najib.

Menyentuh dakwaan bahawa jenayah telah meningkat sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, Najib berkata ia tidak benar, sejak tahun lepas saja, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6 peratus, sementara jenayah keganasan menurun 13.4 peratus.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia telah bekerja keras untuk menentukan rakyat Malaysia terlindung dari sebarang bentuk jenayah dan keganasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori