ISTERI bekas pemain Manchester United dan kapten pasukan England, Rio Ferdinand iaitu Rebecca Ellison, 34, meninggal dunia semalam akibat penyakit kanser payudara yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.
Rio yang kini bermain untuk kelab QPR menerusi satu kenyataan media berkata isterinya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Royal Marsden, London.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2009 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga anak, Lorenz, 9, Tate, 6, dan Tia, 4.
“Rebecca merupakan seorang ibu yang penyayang kepada tiga anak kami. Dia akan dirindui oleh kami semua. Ingatan terhadapnya akan kekal dalam memori kami sebagai satu panduan dan inspirasi,” kata Rio menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman web QPR.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=7BCGQbJOxpU
Oleh: JULIANA JOHAR

