Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Sabah Gantung Sementara Semua...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua penerbangan...

Proton Beri Baucer Servis...

KUALA LUMPUR – Kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31...

Tilawah Hafazan Al Quran...

MULAI 16 hingga 18 Mei setiap 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, penonton...

Musang King Pernah Menang...

SHENZEN (CHINA) - Durian jenis Musang King dari Malaysia mendapat permintaan tinggi daripada...

Huawei MediaPad M2 Diperkenalkan, Skrin 8-inci

HUAWEI pada tahun lepas telah memperkenalkan MediaPad M1, dan kini nampaknya secara diam-diam mereka perkenalkan pula Huawei MediaPad M2 di Eropah.

Masih mengekalkan saiz 8-inci seperti versi sebelumnya, tetapi Huawei mengemaskini dari segi spesifikasi termasuk rekabentuk.

gsmarena_002

Huawei MediaPad M2 menggunakan cip pemprosesan Kirin 930 64-bit dengan memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera 2-megapixel.

Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 4800mAh, serta dilengkapi dengan Android 5.0 Lollipop.


Dari segi rekabentuk, ia membawakan rekaan unibody berasaskan logam dan sedikit selari dengan rekaan Huawei P8 sebelum ini.

Buat masa ini, belum diketahui lagi bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia. Namun dengan fokus pihak Huawei terhadap perkara ini, kita mungkin dapat melihatnya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: gsmarena

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori