• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter AS, 8 Kru ‘Ghaib’ Ketika Gempa Terbaharu Nepal

oleh
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Sebuah helikopter tentera marin Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan orang pegawai operasi bantuan dan menyelamat dilaporkan hilang di Nepal, ketika gempa terbaharu pada lewat Selasa.

Kejadian berlaku dekat Charikot yang kini dikenali sebagai Bhimeshwar, ibu daerah Dolakha; 139 kilometer dari Kathmandu ketika helikopter tersebut menjalankan operasi bantuan kemanusiaan serta pasca-bencana.

Helikopter jenis UH-1Y Huey itu dilaporkan baru sahaja mengagihkan bantuan di tempat tersebut serta mula bergerak ke kawasan lain yang memerlukan tetapi dilaporkan hilang sewaktu dalam perjalanan di udara.

Media melaporkan, pesawat berkenaan dinaiki enam anggota tentera AS dan dua petugas warga Nepal adalah dari Skuadron 469 Marin unit helikopter tempur ringan yang berpangkalan di kem Pendleton, California.

Saksi-saksi mendakwa, helikopter berkenaan kali terakhir dilihat masih berada di barat Charikot, namun operasi mengesan pesawat yang hilang itu agak terganggu akibat keadaan cuaca buruk di kawasan pergunungan tersebut.

Setakat ini belum ada sebarang tanda-tanda yang melaporkan bahawa helikopter malang berkenaan jatuh terhempas atau terbakar di sekitar zon tanah tinggi berkenaan yang terletak 1,554 meter dari paras laut.

Pasukan polis dan askar Nepal telah dikerah mencari pesawat tersebut manakala Jabatan Pertahanan AS turut mengarahkan dua buah helikopter tentera AS di negara Himalaya itu untuk melakukan penjejakan di udara.

Sejumlah 300 anggota tentera AS terlibat dalam operasi membantu dan menyelamat ekoran gempa terburuk di Nepal dengan 7.9 skala Richter pada 25 April lalu yang sudah meragut lebih 8,000 nyawa. – Agensi/H.A.AMREE

 

Tags: Amerika SyarikatgempahelikopterNEPALTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd