• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut 3 Cedera.. Hari Ibu Berdarah Di New Jersey

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

New Jersey – Seorang remaja dilaporkan maut dan tiga lain cedera ditembak ketika perarakan motosikal sempena Hari Ibu, semalam.

Remaja lelaki dipercayai berusia 14 tahun itu dilaporkan ditembak di kepala selepas tembakan rambang dilepaskan pada acara Bike Blessing sempena Hari Ibu di Newark, New Jersey.

Saksi yang menceritakan pengalaman mereka di media sosial berkata mereka sedang menyaksikan pelbagai persembahan oleh penunggang motosikal ketika tembakan dilepaskan.

Ada laporan mengatakan tembakan dilepaskan ke udara.

Polis kini menyiasat kejadian itu.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Motif kejadian atau penembaknya tidak diketahui.

Saksi, Keona Campbell yang juga cuba menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa yang mati berkata: “Saya mendengar lapan hingga 12 tembakan.

“Saya melihat dua lelaki menunggang motosikal empat roda melepaskan tembakan secara rambang ketika sedang membuat ‘wheelie’ di tengah jalan.”

Acara diadakan setiap Hari Ibu bertujuan menandakan permulaan musim menunggang motosikal yang ditaja kelab motosikal Newark Knights.

Sementara itu Datuk Bandar Newark Ras Baraka berkata: “Kejadian ini tidak boleh diterima. Kami akan memastikan pelakunya dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.”

Pendakwa Thomas S Fennelly mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital pada jam 7.45 malam (waktu tempatan).

Kelab motosikal berkenaan juga memuat naik gambar di Facebook menunjukkan orang ramai berseronok sebelum kejadian.

Ramai yang mengucapkan takziah berhubung kejadian di Twitter.

Pengguna Dwayne Wayne berkata: “Takziah kepada keluarga mangsa. Teruk betul jika orang ramai tidak boleh lagi berseronok seperti ini.”

Wanita bernama Eve berkata: “Beratnya dugaan untuk ibu mangsa apabila kehilangan anaknya pada Hari Ibu.” – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=XoWnAE47SwY

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd