• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir Putus Telinga Gara-Gara Ragut Wanita

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila bukan hanya ditangkap malah seorang daripadanya hampir putus telinga kiri selepas dibelasah orang awam dalam kejadian di Kampung Tanjung Chat di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata dalam insiden kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun, berada berhampiran pintu pagar hadapan rumahnya.

Beliau berkata kedua-dua suspek dikatakan meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan berdekatan sebelum seorang daripada mereka mendekati dan meragut beg mangsa.

“Anak lelaki dan seorang saudara mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu tetapi seorang lagi suspek membawa sebatang kayu dan memukul mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu hari ini.

Rohaimi berkata dalam ‎keadaan tegang itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan motosikal namun hampir sejam kemudian berjaya ditangkap orang ramai 200 meter dari tempat kejadian.

Menurut Rohaimi, seorang daripada suspek yang cedera parah di telinga kiri dan pipi dipercayai kesan hirisan benda tajam, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil manakala seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan untuk siasatan.

“Hasil siasatan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 30-an yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat itu mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dan mendatangkan kecederaan,” katanya sambil menambah motosikal yang digunakan adalah kenderaan curi.

Beliau berkata setakat ini, polis masih cuba mengesan beg tangan yang dicuri yang dikatakan mengandungi wang tunai RM1,000, buku bank dan barangan berharga.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan kekerasan kepada mana-mana suspek kes jenayah tetapi menyerahkannya kepada pihak polis. – BERNAMA

Tags: kes ragutpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Andy Flop Poppy Nikah Dua, Isteri Pertama Tak Restu?

Next Post

Backstreet Boys Hiburkan 6,000 Peminat Setia Di KL

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

Dua Lagi Ejen Kereta Ditahan

05/07/2025
0

REMBAU – Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan...

Next Post

Backstreet Boys Hiburkan 6,000 Peminat Setia Di KL

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd