• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Kes Fitnah NFC Ada Talian Persaudaraan Dengan Nik Nazmi, Digesa Tarik Diri

oleh AK-47
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Meskipun Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozina Ayob telah mengeluarkan keterangan bahawa beliau tidak akan terlibat dalam perbicaraan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad oleh kerana pertalian persaudaraan antara mereka berdua, namun Rozina juga perlu menarik diri daripada mengendali kes Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) Rafizi Ramli.

Dalam sebuah kenyataan media, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) berkata, Rozina pernah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas dimaklumkan bapanya yang mereka mempunyai talian persaudaraan.

Katanya, di dalam PKR, Nik Nazmi, ketua Pemuda PKR dan pengarah komunikasi parti itu, melapor kepada Rafizi yang juga setiausaha agung dan pengarah strategi parti pembangkang tersebut.

“Oleh sebab ini, peguam negara dan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes BAFIA Rafizi perlu dimaklumkan untuk memfailkan penarikan diri kerana berlakunya konflik kepentingan dan ketidakadilan.

“Menurut nasihat peguam saya, walau apa jua keputusan yang dibuat hakim Rozina di akhir kes, seluruh integriti perbicaraan itu akan dipertikaikan, termasuk hubungan kekeluargaan beliau dengan Nik Nazmi,” tegas Pengerusi NFCorp Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

Pada Mei 2013, Rozina telah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi atas alasan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh, dan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen lain.

Pendengaran kes Rafizi ditetapkan Rozina pada 15 Mei ini yang memohon merujuk kepada Mahkamah Tinggi mengenai tiga persoalan berkaitan perlembagaan dengan dakwaan kes yang dihadapinya di bawah BAFIA 1989.

Rozina menolak bantahan awal yang dikemukakan pendakwaraya terhadap permohonan ahli Parlimen Pandan itu

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, mengepalai pendedahan terhadap NFCorp, syarikat yang menguruskan National Feedlot Corporation– sebuah program ternakan lembu di Negeri Sembilan yang sepatutnya berfungsi untuk merangsang bekalan daging lembu tempatan.

Skandal berprofil tinggi itu mencetuskan sensasi oleh kerana Salleh adalah suami kepada bekas menteri dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil..

Salleh dan NFCorp menyaman Rafzi kerana mendakwa berbohong dan memutarbelitkan selain memberikan maklumat perbankan sulit yang salah.

NFCorp juga mendakwa Rafizi mengedarkan beberapa penyata akaun Public Bank Berhad untuk mengelirukan media dengan mendakwa Salleh gagal membuat penyelenggaraan pinjaman lapan buah lot pejabat di KL Eco City dengan tunggakan dari bulan Mac 2011 hingga Februari 2012.

“Tunggakan yang didakwa oleh Rafizi itu bertujuan untuk menjejaskan deposit pinjaman kerajaan sebanyak RM71 juta yang disimpan di bank tersebut,” kata NFCorp .

“Dakwaan itu telah pun terbukti tidak benar kerana dokumen yang dikemukakan dan dibentangkan di mahkamah menunjukkan bahawa tiada sebarang pinjaman yang diambil oleh Salleh daripada Public Bank Berhad bagi hartanah di KL Eco City. ”

Rafizi bersama bekas kakitangan Public Bank Berhad, Johari Mohamad, ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 1 Ogos 2012 kerana mendedahkan maklumat perbankan sulit National Feedlot Corporation, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media Yusof Abd Alim dan Wartawan Star, Erle Martin Carvalho.

Jika didapati bersalah, Rafizi bakal dikenakan hukuman tiga tahun penjara, denda RM3 juta, atau kedua-duanya. Di samping itu, gelaran ADUN yang dibawanya juga akan ditarik balik.

 

Tags: NFCRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd