• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Kerajaan Dicadang Perkenal Sistem Resit, Bil Standard

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan dicadang memperkenalkan sistem resit atau bil standard dan seragam bagi mengelak pengguna ditipu peniaga tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) James Bagah berkata sistem resit atau bil itu mesti diperakui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan peniaga khususnya yang berdaftar GST diwajibkan hanya menggunakan resit atau bil tersebut.

Menyifatkannya penambahbaikan yang perlu dalam pelaksanaan CBP, beliau berkata perkara itu penting memandangkan pengeluaran resit atau bil oleh sesetengah peniaga ketika ini masih mengelirukan pengguna termasuk di Sabah.

“Resit atau bil meragukan antara laporan diterima daripada pengguna khususnya di negeri ini setelah sebulan GST dilaksanakan.

“Ini kerana, ada peniaga mengeluarkan resit atau bil menggunakan mesin dan ada juga dengan tulisan tangan. Pengguna tertanya-tanya sama ada peniaga mengeluarkan resit atau bil dengan tulisan tangan benar-benar berdaftar GST, diiktiraf dan diperakui sah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, James berkata terdapat juga peniaga yang hanya menyatakan nombor pendaftaran GST menggunakan cop, yang disifatkannya masih meragukan memandangkan cop boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Justeru, beliau berharap JKDM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa membuat pemantauan dan mengenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan kepada peniaga yang didapati melakukan kesalahan.

James yang juga Anggota Majlis Penasihat Pengguna Negara juga menyarankan supaya penerangan mengenai GST diperhebatkan dengan memberi tumpuan di kawasan luar bandar berikutan pengguna di kawasan berkenaan masih kurang memahami sistem percukaian baharu itu.

“GST sudah sebulan dilaksanakan di seluruh negara, namun masih terdapat pengguna yang keliru mengenai jenis barangan dikenakan cukai, sifar cukai dan dikecualikan cukai.

“Akibatnya ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati dan mengenakan GST terhadap barang dikecualikan atau sifar CBP sehingga membebankan pengguna,” katanya.

James berkata harga barangan sepatutnya mengalami penurunan kerana caj GST hanya enam peratus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sebelum ini 10 peratus.

“Ada barangan tertentu sepatutnya mengalami penurunan harga empat peratus, namun peniaga sengaja tidak menolak cukai lama sebelum mengenakan GST sehingga berlaku kenaikan harga barang,” katanya. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fahrin, Elena Dijodohkan Setelah 17 Tahun Tidak Bertemu

Next Post

APMM Kota Kinabalu Tahan Kapal Tangki Tak Lapor Ketibaan

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

Next Post

APMM Kota Kinabalu Tahan Kapal Tangki Tak Lapor Ketibaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd