Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Remaja Tanggung Azab Diculik,...

GEORGETOWN – Seorang remaja lelaki terpaksa menanggung azab selepas dipukul, diculik dan diliwat...

Program Latihan Untuk Usahawan...

KUALA LUMPUR – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) melancarkan Program Latihan...

Malang… Wanita Tersekat Kaki...

RAKAMAN lucu menunjukkan seorang wanita China terperangkap kaki pada pagar pembahagi jalan ketika...

Suram… Tiada Jentera Luar...

TUMPAT (Kelantan) - Biarpun tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Fahrin, Elena Dijodohkan Setelah 17 Tahun Tidak Bertemu

Betul kata pepatah orang tua, ‘kalau ada jodoh, tidak kemana’.

Hari ini, majlis pernikahan Fahrin Ahmad bersama Ketua Pramugari Emirates Airlines, Elena Hani Eleas mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Gambar: Fahrin Sah Bergelar Suami Pramugari, Elena Hani

Tambahan pula, buat pertama kali wajah gadis pilihan aktor kacak ini didedahkan buat tontonan umum.

isteri-fahrin-2

fah

Pastinya, peminat hiburan tempatan mula tertanya-tanya tentang kisah cinta pasangan ini yang diam-diam menyimpul kasih hingga tidak mampu dihidu oleh sesiapa termasuk pihak media.

Berkongsi cerita tentang perkenalan mereka, Fahrin memberitahu mereka mengenali ketika masing-masing menuntut pengajian di Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor dan seterusnya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di universiti yang sama.

Tetapi peliknya, mereka berdua tidak pernah berkawan mahupun bertegur sapa meskipun tahu mereka menuntut di fakulti yang sama.

Bagaimanapun, semuanya berubah pada bulan Ramadhan tahun lalu apabila mereka dipertemukan menerusi seorang teman selepas 17 tahun.


“Saya menganggap pertemuan dengan dia tidak dirancang. Hanya menerusi satu kiriman emel dengan bertanyakan khabar semata-mata dan semuanya berjalan dengan baik daripada situ.

“Tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya menganggap ketika itu adalah rezeki dan berkat bulan Ramadan kerana perkenalan kami bermula pada sekitar Ogos tahun lalu,” kata Fahrin kepada The Rakyat Post.

Dalam pada itu, Fahrin mengakui terpikat pada personaliti Elena yang disifatkan sebagai seorang yang bijak dan matang.

ketua

Elena Hani adalah gadis kelahiran Johor yang kini menetap di Dubai sejak lapan tahun lalu.

Isteri Fahrin juga merupakan bekas peguam yang pernah berkhidmat selama lima tahun di sebuah firma guaman yang terletak di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu sebelum memilih untuk bergelar pramugari.

Pasangan ini memilih untuk berbulan madu di Venice dan Monte Carlo. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori