• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar: Kronologi Penemuan Kubur Pelarian Di Sempadan

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANJANG bulan Mei ini, pembongkaran kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand menghiasi tajuk utama di dada-dada akhbar mahupun slot laporan berita di televisyen.

Lagi menggemparkan, jejak mangsa-mangsa yang dipercayai berasal dari Myanmar dan Bangladesh itu ditemui dalam keadaan menghayat hati kerana mereka telah pun mati dan ditanam di dalam kubur-kubur di sekitar kawasan tersebut.

Thailand Tukar 50 Pegawai Polis

pemerdagangan-manusia
Mayat mangsa pelarian yang dibawa keluar di Thailand, awal bulan lalu
IMG_2838
Kem pelarian yang dibina oleh sindiket pemerdagangan manusia di Thailand
Usaha menggali kubur bagi mengeluarkan mayat pelarian
Usaha menggali kubur bagi mengeluarkan mayat pelarian

Isu tersebut dilaporkan telah berlaku bertahun-tahun di Thailand, namun dipandang sepi oleh pihak berkuasa di sana.

Namun awal bulan ini, selepas penemuan 32 jasad dipercayai etnik Rohingya yang dikuburkan di satu kem rahsia di wilayah Songkhla terbongkar ke pengetahuan umum, maka Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha mengarahkan siasatan dilakukan dengan tegas bagi mengenal pasti dalangnya.

50 pegawai polis yang bertugas di kawasan itu turut ditukar serta-merta kerana disyaki bekerjasama dengan rangkaian sindiket penyeludupan manusia dan bertanggungjawab atas insiden berkenaan.

Bukan itu sahaja, seorang ahli politik turut ditahan bagi membantu siasatan.

Salah satu kem yang dibina sindiket pemerdagangan manusia di kawasan sempadan Malaysia
Salah satu kem yang dibina sindiket pemerdagangan manusia di kawasan sempadan Malaysia
Salah satu kem yang dibina sindiket pemerdagangan manusia di kawasan sempadan Malaysia
Salah satu kem yang dibina sindiket pemerdagangan manusia di kawasan sempadan Malaysia
mayat kedua
Pihak berkuasa melakukan penelitian terhadap salah satu mayat yang dikeluarkan dari kubur

Mengambil inisiatif untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berleluasa, Malaysia turut mengerahkan 300 anggota pasukan komando VAT-69 menggeledah hutan tebal di kawasan sempadan.

Hasilnya 25 Mei lalu, beberapa minggu selepas penemuan tragik di Thailand, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan terdapat 139 kubur dan 28 kem penempatan pelarian dijumpai dalam kawasan sempadan Malaysia di Wang Kelian, Perlis.

khalid abu bakar

Lantas itu, seramai 31 anggota unit forensik PDRM dibawa masuk ke kawasan tersebut dan bekerja keras menggali kubur-kubur bagi mengeluarkan mayat pelarian.

Mereka turut ditugaskan mengenal pasti asal-usul mangsa pelarian tersebut serta punca kematian mereka, sama ada dibunuh atau pun mati kebuluran.

PDRM Runding Dengan Thailand Akses Ke Perkuburan, Kem Tinggal

Memasuki hari ketiga selepas pengesahan pememuan kubur dan kem di sempadan Malaysia, pihak berkuasa negara kini sedang melakukan rundingan bersama negara jiran bagi momohon kebenaran menggunakan jalan darat di bahagian Satun untuk mengakses ke tapak kejadian.

Ini kerana bentuk muka bumi di tapak kejadian di Bukit Wang Burma, Perlis menyukarkan pergerakan anggota forensik.

Kes berkenaan mendapat perhatian seluruh dunia dan operasi menggeledah kawasan sempadan turut disertai puluhan pemberita dari dalam dan luar negara.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Mayat Berkapan Ditemui Di Wang Kelian, Perlis

https://www.youtube.com/watch?v=SvefTaSNkzU

Bukti Kes Pemerdagangan Manusia Wujud Di Malaysia

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd