• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Terbesar PKR! – Najib Akan Cetak Banyak Wang Ringgit

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang meneruskan fitnah ke atas Perdana Menteri dengan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan mencetak lebih banyak wang ringgit kononnya untuk membiayai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, perbuatan itu akan menyebabkan nilai ringgit Malaysia menyusut ke tahap yang lebih rendah sekali gus mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

“Keghairahan pentadbiran Perdana Menteri untuk menyelamatkan 1MDB amat membimbangkan. Tidak mustahil mereka juga akan sanggup mencetak lebih banyak wang ringgit untuk membiayai hutang 1MDB setelah segala dana rakyat habis digunakan nanti.

“Sekiranya ini dilakukan maka nilai ringgit Malaysia akan susut ke tahap yang lebih rendah dan rakyat pula akan lebih tertekan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau merujuk isu Lembaga Tabung Haji membeli tanah seluas 0.63 hektar (1.56 ekar) bernilai RM188.5 juta dalam pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang didakwa pembangkang sebagai tindakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Sehubungan itu, Wan Azizah meminta Bank Negara Malaysa menentang sebarang tindakan yang bakal menyusutkan nilai ringgit seperti itu dilakukan demi mempertahankan nilai mata wang ringgit negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah baru-baru ini bagaimanapun menjelaskan keputusan Tabung Haji membeli tanah tersebut bukan tindakan ‘bail out’ 1MDB tetapi telah melalui proses penilaian wajar di semua peringkat.

Menurut Johan, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana keputusan pembelian tersebut adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah Tabung Haji yang memberi tumpuan kepada sektor domestik.

“Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa iaitu sebanyak RM194 juta, bersamaan dengan RM2,700 bagi satu kaki per segi dan ia telah dinilai secara terperinci oleh sebuah badan penilai bebas profesional,” kata Johan. – mynewshub.cc

Tags: Najib Tun RazakPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd