• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Dokumentari Karya Anak Malaysia Menang Di Cannes

oleh AK-47
24/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDRANI Kopal membuktikan pepatah ‘Malaysia Boleh’ menjadi satu realiti selepas karyanya dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik kategori pelajar di Festival Filem Cannes, selasa lalu.

Dokumentari bertajuk The Game Changer itu berkisahkan seorang guru tarian, Susan Slotnick yang menggunakan tarian bagi program pemulihan di sebuah pusat tahanan di New York.

“Rasa seperti tidak percaya yang kita menang! Hari yang penuh bermakna,” tulis Indrani di laman sosial Facebook miliknya.

Pembikin filem berusia 35 tahun yang sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Kajian Dokumentari dan Penerbitan di Universiti Hofstra di New York itu menyifatkan kemenangannya sebagai sesuatu yang sangat bermakna.

Sebelum ini, The Game Changer juga pernah memenangi kategori Dokumentari Pendek Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Harlem di New York.

– MYNEWSHUB.CC

SUMBER: NEWS STRAITS TIME ONLINE

Oleh: Pitt

Tags: FILEMMalaysiarakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

PMX Anwar Umum Tiket Madani Formula 1 Bahrain Grand Prix Serendah RM200

PMX Anwar Umum Tiket Madani Formula 1 Bahrain Grand Prix Serendah RM200

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tiket Madani untuk pemegang MyKad bagi menyaksikan Formula 1 Gulf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd