• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Diingatkan Jangan Terlibat Dalam Skandal Rasuah

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diingatkan supaya sentiasa menjaga integriti serta imej bola sepak negara dan tidak terlibat dalam skandal rasuah.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa rasuah adalah perbuatan yang memalukan serta merosakkan imej bola sepak sesebuah negara.

“Perkara ini bukan sahaja memalukan tetapi akan merosakkan imej bola sepak negara. Kita perlu mengambil serius dan paling penting, FAM hindar daripada terlibat dalam rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kempen ‘Yang Hebat Dahagakan Cabaran’ oleh 100Plus di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Khairy mengulas kemelut melibatkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang kini di ambang krisis selepas pihak berkuasa Switzerland menahan tujuh eksekutifnya termasuk seorang naib presiden FIFA atas dakwaan rasuah dan pelbagai kesalahan lain yang melibatkan wang berjumlah berjuta-juta dolar Amerika.

Terdahulu, Khairy menerima tajaan lebih RM2 juta daripada 100Plus kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong Program Bola Sepak Kebangsaan, pada majlis yang turut menampilkan legenda bola sepak dunia, Pele. – BERNAMA

https://youtu.be/ECvZN0Z1_Y4

Tags: FAMrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd