• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Rentung Dalam Kemalangan Di LPT2 Terengganu

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini hari ini.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, berusia setahun, kesemuanya berada di dalam kereta ketika kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Hafshah Wangai, 56, yang mengalami cedera parah dan Sharifah Wangai, 49, cedera ringan, berada di luar kereta ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kota Baharu untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori kargo 16 tan tanpa muatan yang dipandu Fazly Othman, 35, dari Kuala Terengganu menuju ke Johor Baharu terbabas sebelum merempuh kereta jenis Kia Spectra yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

“Pemandu kereta menghentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana kereta itu mengalami kerosakan sebelum tidak lama kemudian dirempuh lori terbabit dan kedua-dua kenderaan terus terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Hussin berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Mayat turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Sementara itu Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu Mohd Zamri Omar berkata 10 anggota bomba dari Balai Bomba Hulu Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.

Katanya akibat kemalangan itu, lori berkenaan terbakar 70 peratus di bahagian hadapan manakala kereta berkenaan terbakar keseluruhannya. – BERNAMA

https://youtu.be/VqlXuLrVhFk

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd