• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pelajar Maut Dalam Kemalangan Di Setiu

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Dua pelajar sekolah maut setelah motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 47, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kg Raja berhampiran Kampung Telaga Papan, di sini pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi itu menyebabkan mangsa Fakhira Dalili Mohamad, 19, dan sepupunya Raja Nurul Nurdayana Raja Ahmad, 15 maut di tempat kejadian setelah sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata kenderaan yang dipandu lelaki berusia 21 tahun itu telah terbabas sebelum melanggar dua buah kereta iaitu Proton Satria Neo dan Proton Saga serta tiga buah motosikal.

“Kedua-dua pelajar sekolah terbabit ketika itu dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penarik dan mereka mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Insiden itu turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal yang merupakan pelajar sekolah sama, Mohammad Firdaus Ibrahim, 16, patah tangan kiri selain dua lagi pelajar tingkatan tiga dan empat dari sekolah sama yang menunggang sebuah motosikal mengalami kecederaan ringan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun ketiga-tiga pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Pantai, Setiu telah dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat manakala tiga lagi mangsa dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Sementara itu, di Dungun seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terhumbam ke dalam tali air di Kilometer 7, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Loji Air Serdang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mayat mangsa Law Ah Kam, 51, berasal dari Selangor ditemui oleh seorang pengurus ladang kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurutnya insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 2 pagi tadi bagaimanapun tidak disedari orang ramai berikutan kenderaan itu terhumban ke dalam parit sedalam lima meter.

“Ketika kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Bukit Besi sekembalinya dari makan malam di Bandar Dungun.

“Kita percaya mangsa terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh tembok jambatan lalu terhumban ke dalam tali air,” katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd