• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Bot Nelayan Tempatan Bersama Nelayan Asing Diberkas

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu menahan dua bot nelayan tempatan kerana menggunakan khidmat pekerja asing tanpa permit yang sah ketika menangkap ikan di perairan negara di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim 9, Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevadas berkata kedua-dua bot bersama 13 awak-awak dan dua orang tekong warganegara Vietnam itu ditahan kira-kira 57 batu nautika dari Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi.

“Hasil siasatan awal kita mendapati kesemua awak-awak termasuk tekong tidak mempunyai pengenalan diri yang sah serta tidak mempunyai lesen perkapalan dalam negeri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan pihaknya turut merampas kira-kira 500 kilogram muatan ikan manakala sebuah bot lagi tidak membawa apa-apa muatan.

Menurutnya kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata pihaknya akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan Terengganu bagi memastikan nelayan-nelayan sentiasa mematuhi undang-undang perikanan di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd